Semalam, Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) telah menandatangani kontrak kerjasama dengan syarikat minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd dengan nilai tajaan sebanyak RM380,000.

Kerjasama itu turut melibatkan beberapa perancangan program pembangunan bola sepak akar umbi yang akan dijalankan secara berperingkat.

Malah, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata pihaknya sedia menghantar beberapa pemain muda berbakat TFC ke Jepun untuk menimba pengalaman dengan kelab bola sepak di sana.

“Selepas perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO) TFC Sdn Bhd, mereka ada menyatakan keinginan dan minat untuk membangunkan pasukan bermula daripada akar umbi.

“Antara sebab itu juga kami bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka dan memberi peluang kepada pemain muda berlatih di Jepun. Ini juga merupakan salah satu misi syarikat kami untuk menyumbang apa yang mampu untuk industri bola sepak di Malaysia terutama dalam mencungkil bakat baharu bermula dari bawah lagi.

“Kami berharap wabak pandemik Covid-19 ini akan berakhir dan dapat sama ada membawa sekurang-kurangnya seorang pemain Terengganu ke Jepun ataupun membawa seorang jurulatih Jepun ke Terengganu,” katanya dipetik dalam Harian Metro. 

139804388_1150187622078584_6118777153518000517_o
FOTO: TFC

Yakult sebelum ini turut terlibat dalam perpindahan penyerang skuad bawah 23 tahun negara, Hadi Fayyadh ke kelab Liga divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama pada tahun 2018. Hadi kini dipinjamkan ke kelab liga divisyen 3, Azul Claro Numazu untuk mendapatkan minit permainan.

Kejayaan Hadi tersebut telah mendorong Yakult untuk terus komited menghantar pemain muda negara ke Jepun bagi membantu mereka terus mendapat pendedahan sewajarnya di peringkat antarabangsa.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak

19 Pengadil Malaysia Didaftarkan Sebagai Pengadil FIFA Tahun 2021, Amirul Izwan Ditauliah Video Match Official (VMO)

FA Thailand Dedahkan Mereka Miliki 39 Jurulatih Yang Memegang Lesen PRO, 120 Orang Lagi Berstatus Lesen A