Lagenda Barcelona Xavi Hernandez mencadangkan agar bekas kelab lamanya itu untuk tidak menandatangani Sadio Mane dari Liverpool.

Mane telah menunjukkan aksi luar biasa sejak bermain di bawah kendalian Jurgen Klopp. Dan membantu kelabnya menjuarai UCL, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Laporan di Sepanyol menyatakan bahawa Sadio Mane antara pemain yang berada dalam pertimbangan Barcelona. Ada beberapa pemain lagi turut dalam senarai termasuk Lautaro Martinez dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Namun Xavi menegaskan bahawa Sadio Mane adalah pemain yang kurang berbaloi untuk Barcelona beli dan berpotensi menjadi flop.

Malah Xavi turut membandingkan Mane dengan pembelian seperti Luis Suarez yang memberikan impak di dalam pasukan.

Ini kerana Suarez adalah salah seorang pemain yang sesuai dengan Barcelona.

Selain daripada Mane, Xavi juga tidak yakin Pierre-Emerick Aubameyang sesuai dengan Barca.

Lantas Xavi menggesa agar Barcelona segera melupakan dua pemenang kasut emas EPL musim lalu itu.

“Mane dan Aubameyang boleh membunuh kami di ruang sempit.”

“Barcelona sangat memerlukan pemain yang tahu cara bergerak di ruang kecil. Namun mereka tidak sesuai dengan Barcelona.”

“Saya ada memikirkan beberapa pemain yang boleh beradaptasi dengan permainan Barcelona dan ianya tak mudah untuk mencari seorang.”

“Samuel Eto’o antara yang sempurna sama seperti Luis Suarez pada ketika ini.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Ejen Anggap Kenyataan Bekas Jurulatih Mo Salah Adalah Salah

Masa Zaman Mourinho, Kami Tak Pernah Takut Langsung

UEFA Akhirnya Akui Pengadil Membantu Kemenangan 6-1 Barca Ke Atas PSG