Pengurus Al Sadd, Xavi Hernandez tanpa berselindung mengakui bahawa beliau mahu kembali ke Barcelona untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronald Koeman.

Ketika pengurusan tertinggi kelab pendahulu Liga Bintang Qatar (Qatar Stars League) itu telah memberikan amaran untuk terus mengekalkan Xavi, namun pengendali berusia 41 tahu itu dilihat berkeras untuk pulang ke Barcelona.

Menurut sumber laporan Goal, Xavi yang beraksi selama 17 tahun bersama The Blaugrana sebelum meninggalkan kelab itu pada musim 2015/16 mengharapkan agar segalanya berjalan lancar untuk beliau dapat menikmati fasa baharu bersama Barcelona.

“Saya sudah bercakap dengan Barca sejak beberapa hari lalu dan semuanya sudah selesai.”

“Tetapi pada ketika ini semuanya bergantung kepada perbincangan melibatkan kedua-dua pihak, mereka perlu mencapai kata persetujuan,” ujar Xavi selepas perlawanan liga bertemu Al Duhail.

“Barcelona sudah datang ke sini untuk berbincang, kami semua bersemangat dan gembira. Kita akan lihat adakah semuanya akan selesai.”

“Saya memang nak sangat kembali ke rumah saya [Barcelona]. Saya berharap ianya akan menjadi kenyataan. Saya masih mempunyai kontrak dan kini kelab perlu untuk melakukan rundingan.”

“Mereka semua sudah mengetahui tentang posisi saya [mahu meninggalkan pasukan],” tambah Xavi lagi.

Sepanjang bersama Barcelona, Xavi telah menjulang empat trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), lapan kejuaraan La Liga serta gandingan mantapnya bersama Andreas Iniesta dalam ‘memudahkan’ tugas Lionel Messi dan penyerang kelab tersebut sentiasa diingati peminat bola sepak dunia.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

David Alaba: Amat Sukar Untuk Bandingkan Saya Dengan Sergio Ramos

Messi Sakit Hati, Nafi Pernah Tawarkan Diri Bermain Secara Percuma

Piala Malaysia 2021: Atasi Sabah, JDT Sahkan Kemaraan Ke Suku Akhir

Sumber