Legenda pasukan kebangsaan Sepanyol, Xavi Hernandez mencadangkan bekas rakan sepasukan beliau, Santi Cazorla untuk mengisi kekosongan di Al Saad yang ditinggalkannya apabila bekas ketua pasukan Barcelona itu mengambil keputusan untuk bersara dari kancah bola sepak profesional.

Xavi mengambil keputusan untuk bersara selepas membantu Al Sadd SC menghadapi pasukan Persepolis dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada Selasa lalu. Pemain berusia 39 tahun ini mahu memberikan tumpuan dalam dunia kejurulatihan dan menganggap Cazorla sebagai pengganti yang ideal.

Santi Cazorla
Sumber Gambar: GiveMeSport

Cazorla kembali ke pangkuan Villarreal setelah lima musim beraksi bersama Arsenal. Perjalanan Cazorla bersama Arsenal tidak seindah yang beliau inginkan apabila pemain berusia 34 tahun ini sering berhadapan dengan krisis kecederan pergelangan kaki.

Aksi cemerlang Cazorla bersama The Yellow Submarine musim ini membuahkan hasil apabila beliau dipanggi oleh pengurus Sepanyol, Luis Enrizue bagi menghadapi perlawanan menentang Faroe Island dan Sweden.

Santi Cazorla Spain
Sumber Gambar: The National

Selain ditawari untuk menyertai Al Saad, Cazorla turut mendapat tawaran daripada kelab Major League Soccer (MLS), Chinese Super league (CSL) dan J League.