Pengendali kelab Liga Qatar, Al Sadd iaitu Xavi Hernandez berminat untuk kembali ke Barcelona sebagai pengurus dan sedia membawa masuk beberapa pemain berprofil tinggi.

Menurut laporan Marca, Xavi mahu mengendalikan Barcelona dan beliau mahu sepenuh kuasa diberikan oleh pengurusan pasukan serta menjadi decision maker.

Xavi
Sumber Gambar: Bleacher Report

“Sudah jelas saya mahu kembali ke Barcelona. Saya amat teruja. Saya boleh melihat diri saya menjadi jurulatih dan membawa masuk pemain.

“Tetapi saya tekankan kepasa mereka (pengurusan) saya akan memulakan projek saya sendiri dan semua keputusan berada di tangan saya,” kata Xavi.

Sebelum ini, pemenang Piala Dunia edisi 2010 itu dicanang sebagai pengganti kepada Ernesto Valverde pada Januari lalu. Namun, beliau menolak kerana mahu fokus bersama Al Sadd.

Xavi
Sumber Gambar: FC Barcelona Noticias

Xavi memberi bayangan mahu membawa masuk rakan sepasukan ketika beliau beraksi di Barcelona seperti Carles Puyol.

“Saya mahu bekerjasama dengan orang yang saya yakin dan percaya, yang selalu setia. Tidak boleh ada toksik di dalam bilik persalinan,” tambahnya.

Pengendali berusia 40 tahun itu berpendapat skuad sedia ada dibarisi dengan pemain berkualiti dan beliau hanya perlu melakukan beberapa penambahan, termasuk kembali menandatangani Neymar.

“Saya mahu menandatangani pemain sayap, seperti Neymar. Barcelona mempunyai kekuatan di bahagian tengah tetapi mereka kekurangan pemain sayap.

“Saya tidak perlukan ramai pemain baharu. Mungkin Jadon Sancho dan Serge Gnabry boleh dipertimbangkan.

Baca artikel lain mengenai Xavi Hernandez di sini:

Xavi Dilantik Sebagai Pengendali Al Sadd Bermula Musim Hadapan

Xavi Pilih Kekal Bersama Al Sadd Tetapi Sedia Pertimbangkan Tawaran Mengendalikan Barcelona