Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Barcelona kini kekurangan penyerang utama. Ditambah pula dengan krisis kecederaan yang melanda Sergio Aguero serta Braithwaite.

Barcelona tidak dapat menandatangani penyerang yang mahal dalam perpindahan akan datang kerana kekangan dana FFP.

Kini Xavi cuba mendapatkan penyerang penyerang berbisa Al Sadd untuk dibawa masuk iaitu Baghdad Bounedjah.

Xavi dan Boudnejah malah pernah bergandingan dalam satu pasukan sebagai pemain.

Xavi memang sudah meletakkan pemain itu dalam pertimbangannya kerana dianggap memiliki penyudah luar biasa.

Ketika di bawah kendalian Xavi, Bounedjah menjaringkan 159 gol dan 44 bantuan gol daripada 153 perlawanan bersama Al-Sadd.

Bounedjah malah berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga Super Qatar dengan 21 gol pada ketika ini.

Pemain berusia 29 tahun itu dianggap mampu menjadi penyelesaian kepada masalah semasa yang dihadapi oleh Barcelona.

Selain itu, kos untuk menandatangani dan bayaran gaji itu adalah rendah berbanding penyerang elit di kelab Eropah yang lain.

Pemain itu masih ada kontrak sehingga 2024. Xavi masih mempunyai hubungan baik dengan bekas kelabnya itu. Dan yakin pemain itu akan berminat datang ke Barcelona, yang dianggap akan menjadi peluang sekali seumur hidupnya.

Namun begitu Al Sadd dikatakan meminta €10 juta Euro. Harga tersebut dianggap agak tinggi oleh Barcelona, jauh daripada yang mereka jangkakan.

Xavi pastinya berharap pemain itu akan meminta dilepaskan menerusi transfer request. Jika itu berlaku, Barcelona boleh berunding harga lebih rendah.

Sebagai tambahan, Boudnejah pernah mengakui dia adalah Madridista. Ianya pasti menarik untuk melihat perpindahan ini, jika ianya berlaku.

Xavi akan membuat debut sebagai pengurus Barcelona hujung minggu ini dalam derbi berdepan Espanyol.

Baca juga artikel

Kelayakan Piala Dunia: Bergwijn Hantar Belanda Ke Qatar, Norway Dan Haaland Terlepas

Glazer Umum Skim Saham Penyokong

Ronaldo Bengang Dengan Taktikal ‘Play Safe’ Fernando Santos

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group