Joachim Low sah akan meninggalkan jawatannya sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Jerman selepas aksi Euro. Legenda Barcelona, Xavi mengatakan bahawa Low merupakan pengurus yang sangat sesuai untuk melatih Blaugrana.

Low telah menjadi pengurus Jerman sejak 2006. Jurulatih berusia 61 tahun itu berjaya membimbing negaranya memenangi trofi Piala Dunia 2014 dan Piala Konfederasi. Dianggap sebagai salah seorang pengurus terbaik dalam generasinya.

Low sudah sedia melepaskan jawatannya di Jerman. Dan Low baru-baru ini mengakui telah mengikuti kursus bahasa Sepanyol. Ini menguatkan khabar angin bahawa dia akan bergabung dengan Real Madrid atau Barcelona.

Xavi menganggap Low sebagai salah seorang pengurus terbaik di dunia selepas berjaya membantu Jerman menjuarai Piala Dunia.

“Dia adalah pengurus yang ‘kaya’ [merujuk kepada idea bola sepak yang sangat banyak] Dia ingin bola sepak bersinar dan menyerang, dan dia adalah pengurs yang pernah menjad juara dunia,” kata Xavi lagi.

“Low telah membantu Jerman mengembangkan falsafah yang berbeza mengenai bola sepak yang mengingatkan saya pada apa yang saya tahu dari Sepanyol dan Barcelona.”

Xavi antara nama yang disebut sebut bakal menjadi pengurus Barca sebelum ini. Dan nama beliau juga diyakini akan menjadi pengurus di masa depan Barca.

Sementara itu, Jerman meneruskan pemburuan jurulatih baharu menggantikan Low. Beberapa nama dalam senarai mereka termasuk Jurgen Klopp, Ralf Ragnick, Hansik Flick dan juga Julian Nagelsmann.

Namun di antara nama nama tersebut Flick dan Klopp sudah memberikan bayangan mereka lebih berminat untuk kekal di kelab masing masing.

Peminat Jerman rata rata mahukan Ralf Ragnick. Namun baru baru ini DFB menyatakan mereka tak setuju dengan idea Ragnick yang mahu merevolusikan DNA Jerman yang ada.

Baca juga artikel lain

Jaringan Kemenangan Masa Kecederaan Ronaldo Tidak Dikira, Pengadil Minta Maaf

Real Madrid Sedia ‘Pecah Tabung’ Dapatkan Haaland Dan Mbappe

Carlo Ancelotti: “Saya Nak Ajar Mereka Apa?