Pengurus Barcelona dan bekas jurulatih Al Sadd Xavi menegaskan pemain Al-Nassr, Cristiano Ronaldo akan berdepan cabaran yang kuat di Liga Pro Saudi yang kompetitif dan sangat sukar menurut Xavi.

Cristiano Ronaldo memeterai perjanjian dengan Al Nassr di Arab Saudi. Dengan kontrak mencecah €200 juta semusim termasuk tajaan.

Kredit Foto: Al Nassr

Jadi, jangkaan peminat ke atas Ronaldo pastinya tinggi ke atas pemain itu.

Pemenang 5 Ballon d’Or itu masih belum membuat debut untuk Al Nassr kerana perlu menjalani penggantungan 2 perlawanan yang dia bawa dari Liga Inggeris.

Menurut Xavi, Ronaldo perlu bersedia dan tidak ambil mudah dengan persaingan Liga Arab Saudi yang mencabar dan kompetitif.

Xavi turut mengingatkan Ronaldo bahawa dia tidak akan memiliki masa yang mudah dalam Liga Pro Saudi seperti yang dicanang segelintir pihak.

Xavi berkata: “Dia telah menandatangani kontrak untuk salah satu kelab terbaik di Arab Saudi, tetapi ia adalah satu cabaran. ”

“Liga Arab Saudi sangat sukar dan kompetitif. Saya bermain beberapa kali menentang pasukan mereka ketika saya melatih Al Sadd. Ia akan menjadi satu cabaran buat Cristiano.”

Ronaldo sendiri mengakui dia menyertai Liga Pro Saudi kerana tertarik dengan bola sepak Arab Saudi dan liganya yang kompetitif, menurut pemain berusia 37 tahun itu.

Ronaldo ketika itu berkata: “Mereka yang banyak bercakap [mengkritik perpindahan CR7 ke Al Nassr] adalah mereka yang tidak tahu tentang bola sepak.”

“Ia bukan pengakhiran kerjaya saya apabila saya datang ke Arab Saudi.”

“Sejujurnya, saya benar-benar tidak bimbang tentang apa yang orang katakan,” kata Ronaldo.

“Di Eropah, tugas saya sudah selesai… Saya mempunyai banyak tawaran di Eropah, banyak dari Brazil, Australia, AS, malah di Portugal,” tambahnya.

“Banyak kelab cuba menandatangani saya tetapi saya mengotakan kata kata saya menyertai kelab ini.”

“Ramai orang bercakap [memperlekehkan perpindahan ke sini]… tetapi mereka tidak tahu apa apa tentang bola sepak.”

“Saya tahu liga di sini sangat kompetitif,” tegas kapten pasukan kebangsaan Portugal itu.