Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez jelas kurang berpuas hati dengan satu mata yang diraih skuad kendaliannya pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Benfica, awal pagi tadi.

Keputusan seri tanpa jaringan yang dicatatkan itu juga menyaksikan The Blaugrana perlu menewaskan Bayern Munich pada aksi terakhir serta turut mengharapkan agar Benfica gagal menundukkan wakil Ukraine, Dynamo Kiev untuk memastikan mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

Bukan satu tugasan yang mudah buat Barcelona pada aksi terakhir nanti apatah lagi terpaksa beraksi di Allianz Arena tetapi Xavi tetap optimis dengan peluang anak buahnya untuk meraih kemenangan ke atas gergasi Jerman itu.

“Bermain seperti ini membuatkan kami boleh bersaing dengan mana-mana pasukan. Melihatkan kepada aksi ini [bertemu Benfica], kami boleh pergi ke Munich dan mencatatkan kemenangan.”

“Berita positifnya, kami masih bergantung kepada diri kami sendiri,” ujar Xavi menurut laporan dikeluarkan ESPN.

“Kami jauh lebih baik dari Benfica dan kami mempamerkan permainan yang hebat, kami hanya gagal untuk menjaringkan gol.”

“Sekiranya kami berjaya menjaringkan gol, kami tahu bahawa ia merupakan perlawanan yang hebat. Saya masih optimis, kami adalah Barca, kami memiliki bakat dan pemain yang mampu membuat perbezaan.”

“Tetapi hari ini kami hanya mampu mendapatkan satu mata dan ia tidak layak untuk Barca. Hari ini kita telah melihat bahawa kami langsung tidak ada masalah dengan fizikal.”

“Apa yang harus kami lakukan ialah untuk kembali mendapatkan kepercayaan diri dalam kalangan para pemain yang mampu menjaringkan gol. Kami akan melihat apa yang boleh dilakukan pada jendela perpindahan Januari nanti,” tambah Xavi lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Messi Yakin Xavi Akan Kembalikan Kegemilangan Barcelona

Allgeri Anggap Chelsea Buat Juventus Sedar Diri Di Mana ‘Level’ Mereka

Carrick: “Ini Baru Perwatakan Manchester United Sebenar”

Sumber