Kelab Chinese Super League (CSL) yang terkandas di Sepanyol kerana penularan wabak Coronavirus (Covid-19), Wuhan Zall memutuskan untuk kembali ke negara asal bagi mengelak penularan wabak itu yang sedang melanda Eropah ketika ini.

Wuhan terkandas selama satu setengah bulan di Sepanyol setelah mereka datang ke negara itu untuk menjalani latihan pra musim dan para pemain serta pegawai pasukan dijangka tiba pada hari ini.

Pada mulanya Wuhan enggan mengambil risiko dengan kembali ke China. Namun, situasi yang semakin genting di Sepanyol memaksa mereka memutuskan untuk meninggal negara itu.

Wuhan Zall
Para pemain Wuhan Zall. Sumber Gambar: AP News

“Keadaan di China semakin membaik ketika ini. Saingan CSL akan bermula pada Mei. Kami akan menjalani kuarantin sebaik tiba di sana. Semakin cepat kami meninggalkan Sepanyol, lebih bagus,” kata pengendali Wuhan Zall, José González.

Bandar Wuhan merupakan “pusat” bagi virus Covid-19 sebelum virus itu merebak ke negara lain. Banyak kematian telah dicatatkan di bandar tersebut.

Wuhan Zall
Pemain Wuhan Zall. Sumber Gambar: AP News

Pada masa yang sama, Sepanyol akan mengikut jejak langkah Itali dimana mereka mahu melakukan lockdown bagi mengawal penyebaran virus tersebut sekaligus menghalang lebih ramai penduduk daripada dijangkiti.

Banyak saingan liga bola sepak di beberapa negara ditunda kerana penyebaran virus Covid-19 ini termasuk Malaysia.

Baca artikel lain mengenai penundaan saingan liga bola sepak di seluruh dunia akibat virus Covid-19 di sini:

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Perlawanan V.League 2020 Dijangka Akan Ditunda 2 Hingga 3 Minggu Akibat Isu Coronavirus Yang Serius.

Resmi, Liga 1 Dan Liga 2 2020 Ditunda Selama Dua Minggu