Pemain sayap skuad kebangsaan China, Wu Lei menegaskan tahap kesihatannya semakin membaik apabila menjalani kuarantin di rumah selepas beliau disahkan positif dijangkiti Coronavirus (COVID-19).

Wu Lei yang beraksi bersama Espanyol dalam saingan La Liga disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac lalu dan sejak itu beliau diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah.

Wu Lei
Wu Lei beraksi bersama Espanyol dalam saingan La Liga musim ini. Sumber Gambar: Eldesmarque.com

“Seperti yang anda sedia maklum, saya kini menjalani kuarantin di rumah setelah dijangkiti COVID-19. Saya semakin membaik dan simptom virus itu kini semakin berkurangan.

“Saya telah menjalani beberapa ujian termasuk ujian CT bagi paru-paru saya dan keputusan daripada ujian tersebut adalah baik,” kata bekas pemain Shanghai SIPG itu.

Wu Lei merupakan satu-satunya pemain China yang beraksi di salah satu Top 5 saingan bola sepak Eropah. Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Espanyol pada Januari lalu dengan yuran perpindahan sebesar €2 Juta.

Wu Lei
Sumber Gambar: CGTN

Sebelum ini, Espanyol mengesahkan pada Rabu lalu seramai enam staf kelab telah positif dijangkiti dengan virus COVID-19.

Selain Wu Lei, beberapa pemain berpangkalan di Eropah turut dijangkiti dengan virus tersebut seperti Paulo Dybala dan anak kepada lagenda Itali, Paolo Maldini iaitu Daniel Maldini turut dijangkiti.

Baca artikel lain mengenai isu COVID-19 yang melanda dunia bola sepak di sini:

Pemain Tengah Shandong Luneng, Marouane Fellaini Disahkan Positif COVID-19

Liga Malaysia Mungkin Ditangguhkan Sehingga Bulan Jun Jika Kes COVID-19 Bertambah

Pemain Bola Sepak Vietnam Mula Salurkan Derma Untuk Membantu Memerangi Wabak COVID-19