Wout Weghorst memiliki latar keluarga yang berkaitan dengan perniagaan minyak petrol.

Wout Weghorst rasminya menjadi pemain baharu Manchester United, melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari Burnley.

Namun kali ini kami akan menceritakan kisah menarik tentang latar belakang keluarga Weghorst.

Tahukah anda, keluarga Weghorst merupakan keluarga terkaya di Borne, Belanda?

Keluarga Wout Weghorst merupakan pemilik syarikat mintak Avia. Di mana ianya merupakan firma yang memborong dan meruncit bahan api sejak beberapa generasi.

Menjelang 2021, dilaporkan keluarga Wout Weghorst memiliki sekitar 130 stesen minyak hanya di Belanda sahaja.

Borne ialah sebuah perbandaran di wilayah Twente dan berdekatan dengan sempadan Jerman. Orang dari bandar ini mempunyai nama panggilan, Melbuul.

Sebelum ini, pekan Borne hanyalah pekan pertanian dan penternakan terutama sekali lembu.

Namun ianya diubah oleh keluarga Weghorst yang menjadikannya sebagai salah sebuah pekan perindustrian dan membangun pesat.

Satu lagi perkara tentang Keluarga Wout Weghorst ialah mereka sangat rapat.

Astrid Weghorst dan Frans Weghorst (ibu bapanya) merancang kehidupan anak lelaki mereka sejak kecil.

Di antara adik beradiknya, Wout jauh berbeza. Dia berbeza dalam cita-cita hidupnya.

Di mana dia mahu menjadi pemain bola sepak kebangsaan Belanda. Sikapnya yang unik dan berbeza ini membuatkan dia sangat rapat dengan ibunya.

Ini kerana ibunya mahu menyokong dia mencapai cita citanta dan tidak berputus asa. Kerana bukan mudah untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Ianya menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Lebih lebih lagi untuk seorang anak lelaki yang dari kecil hidup mewah dan senang.

Namun ibunya dan ayahnya sentiasa menekankan aspek pendidikan kepada anak mereka.

Menariknya, bagi keluarga lain yang anak mereka meminati bola sepak, pendidikan tetap keutamaan berbanding bola sepak.

Tetapi untuk keluarga Weghorst, sejak kecil mereka menjadikan bola sepak sebagai keutamaan dan pelajaran adalah yang kedua.

Kenapa? Kerana mereka mahu membantu anak mereka bersedia menjadi pemain bola sepak sejak dari kecil.

Tetapi seperti yang dinyatakan di atas, pelajaran tetap penting bagi Weghorst.

Weghorst malah berjanji dengan ibu bapanya bahawa dia tidak akan sesekali malas ke sekolah walaupun dia akan memasuki akademi bola sepak sejak usianya masih kecil.

Pemain antarabangsa Belanda itu belajar sehingga ke peringkat universiti. Wout mempunyai dua ijazah Universiti.

Yang pertama ialah ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan. Idea Wout untuk kursus ini datang kerana keperluan untuk menggunakan pengetahuan Pentadbiran Perniagaan dalam perniagaan minyak dan gas keluarga.

Ianya juga dianggap plan B jika dia gagal menjadi pemain profesional. Dan kini kelihatan akan menjadi pelan persaraan beliau suatu hari nanti.

Ijazah sarjana muda kedua pemain bola sepak itu lebih cenderung kepada kerjaya bola sepaknya. Di peringkat universiti juga, Wout mendapat ijazah dalam Pengurusan Sukan Tertinggi dan Keusahawanan.

Sumber