Ketua jurulatih pasukan Thailand U23, Worrawoot Srimaka dilihat berlari mengelilingi padang stadium MFF di Mongolia, sejurus pasukannya mencatatkan kemenangan penting 3-0 keatas Laos hari ini.

Kemenangan itu amat diperlukan untuk mereka meneruskan kempen kelayakan dalam kejohanan AFC U23 Asian Cup 2022, selepas mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Mongolia sebelum ini.

Menurut laman sosial rasmi Changsuek, Worrawoot Srimaka pernah menyatakan akan berlari mengelilingi padang stadium sebanyak 10 kali jika anak buahnya berjaya mencatatkan kemenangan di Mongolia.

Nota: Worrawoot Srimaka pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2005-2006 bersama pasukan Kelantan.

Skuad Malaysia U23 kini mengungguli kedudukan kumpulan J dengan 6 mata dari 2 perlawanan tanpa bolos.

Baki 1 lagi perlawanan bertemu Thailand akan menentukan pasukan mana yang akan muncul selaku juara kumpulan seterusnya layak ke pusingan akhir saingan AFC U23 Asian Cup 2022 di Uzbekistan yang akan berlangsung pada bulan Jun 2022.

Semua juara kumpulan akan layak secara automatik bersama-sama 4 pasukan naib juara terbaik untuk melengkapkan jumlah 16 pasukan bertanding termasuk tuan rumah.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Luqman Hakim: “Sebagai Striker, Mesti Orang Target Punya. Saya Kena Bijak Dan Jangan Ambil Mudah.”

“B. Sathiananthan Tak Faham Sistem NFDP”. Lelaki Ini ‘Counter’ Dakwaan Mengenai NFDP Yang Dibangkitkan.

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier