Naib Ketua Eksekutif Manchester United, Ed Woodward menegaskan bahawa pengurusan tertinggi Manchester United kekal berdiri teguh di belakang Ole Gunnar Solskjaer walaupun permulaan musim yang buruk.

United menduduki tangga ke-14 di Liga Perdana Inggeris dan permulaan yang baik untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah dirosakkan dengan kekalahan 2-1 kepada Istanbul Basaksehir minggu lalu.

Woodward berkata: “Walaupun masih ada banyak kerja keras untuk mencapai konsistensi yang lebih besar, kami tetap benar-benar komited ke arah positif yang kami sedang lalui di bawah kendalian Ole.”

“Dan ketika ini, pasukan kami terus berkembang di bawah bimbingan Ole,” kata Woodward ketika United membentangkan hasil kewangan suku pertama kelab untuk musim 2020/2021.

Kelab gergasi Inggeris itu mencatatkan kerugian operasi sebanyak £27 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh kehilangan hasil matchday dengan permainan dimainkan di dalam stadium kosong.

Pendapatan komersil juga turun 25% kerana kelab tidak dapat mengikuti lawatan pra-musim dan kejatuhan penjualan barangan dagangan, tanpa peminat yang pada hari perlawanan.

Namun, Woodward menyatakan bahawa United komited untuk membantu kelab liga yang bermain di liga lebih rendah melalui krisis koronavirus.

Hal ini kerana, piramid bola sepak Inggeris adalah saling bergantung sesama sendiri.

“Kami menyedari bahawa tidak semua kelab bola sepak memiliki kedudukan kewangan yang kuat dan bahawasanya Liga Perdana Inggeris mempunyai tanggungjawab untuk menyokong piramid bola sepak Inggeris yang lebih luas,” tambah Woodward.

“Kami akan terus mendorong sokongan ini, baik melalui bantuan kecemasan semasa pandemik, dan melalui reformasi jangka panjang untuk memastikan bahawa kejayaan Liga Perdana Inggeris diperkuat untuk kepentingan permainan di peringkat kebangsaan secara keseluruhan.”