Pemain skuad B-19 tahun Indonesia, Witan Sulaeman menjalani penampilan pertama beliau bersama FK Radnik Surdulica dalam saingan Liga Serbia.

Witan masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Radnicki Nis di Stadium FK Radnik pada Sabtu, yang menyaksikan Radnik tewas dengan keputusan 4-2.

Witan menyertai FK Radnik pada tahun lalu dan mula beraksi bersama pasukan tersebut bermula Februari.

Kekalahan semalam menyebabkan FK Radnik berada di tangga ke-12 dalam carta Liga Serbia. Kelab itu masih belum selamat daripada penyingkiran dan mereka perlu mengutip keputusan positif pada perlawanan seterusnya.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Indonesia di sini:

Cerita Egy Maulana, Hampir Ditangkap Polisi Polandia Saat Latihan Lari

Firza Andika Intai Peluang Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Depan

Pemain Asia Tenggara Yang Mampu Menyinar Dalam Saingan J. League

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group