Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Willian memberitahu Thiago Silva bahawa dia akan kekal sahaja di Chelsea, sekiranya dia tahu pemain tengah itu pindah ke Stamford Bridge.

Mereka berdua merupakan sahabat baik dan berasal dari negara yang sama, iaitu Brazil.

Thiago Silva meninggalkan Paris Saint-Germain dan menyertai Chelsea dengan kontrak satu tahun serta opsyen untuk lanjutan setahun lagi.

Silva menyertai Chelsea secara percuma selepas kontraknya berakhir dengan Les Parisiens.

Willian mengakui dia tidak sangka Thiago Silva akan menyertai Chelsea. Dan Willian sudah memutuskan untuk menyertai Arsenal.

Walaupun sudah berusia, namun Thiago Silva masih lagi pemain yang dikehendaki oleh banyak kelab besar di dunia.

Ini termasuk kelab lamanya AC Milan. Namun beliau memutuskan untuk menyertai skuad bimbingan Frank Lampard.

Menurut Telegraph, Willian dan Neymar sebelum ini antara individu yang membantu meyakinkan Thiago Silva untuk pergi ke Liga Perdana Inggeris.

Lantas Willian berkata: “Sekiranya saya mendapat tahu kamu akan pindah ke Chelsea, saya pasti akan terus kekal di sana,” kata Willian sambil tersenyum.

PSG menyatakan mereka sudah cuba sedaya upaya untuk memujuk kapten mereka itu kekal. Namun gagal. Silva bahkan sanggup menerima pemotongan gaji untuk bergabung dengan Chelsea.

Perkara yang sama berlaku kepada Willian di Chelsea. The Blues juga berusaha untuk mengekalkan pemain itu. Namun Willian memilih Arsenal yang menawarkan kontrak lebih panjang dan gaji lebih lumayan.

Willian kemudian menyatakan bahawa seorang lagi rakan senegaranya, David Luiz, sangat gembira melihat kehadirannya di Arsenal.

“Dia [David Luiz] sangat gembira. Kami bermain bersama dalam pasukan kebangsaan, kami bermain bersama di Chelsea, dan sekarang bermain bersama lagi di Arsenal.”

“Saya rasa kami akan dapat melakukan perkara-perkara besar bersama, saya harap begitu. Tetapi saya sangat gembira dapat bersamanya lagi.”

“Dia berkata kepada saya, ‘Datanglah ke Arsenal, datanglah ke Arsenal, saya ingin kamu datang!’ Jadi itulah percakapan antara kami.”

Baca juga perkembangan lain

UNL: England Sekadar Seri, Catat Cuma 1 ‘On Target’

UNL: Dua Gol Cantik Ronaldo Benam Sweden

Tebas Akui Bimbang Messi Pergi, Namun Tolak Dakwaan La Liga Akan Hilang Serinya Tanpa La Pulga