Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari esok, 3 Disember 2021.

Ia susulan kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-0.

“Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat ini (3 Disember 2021) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi tiga wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Dalam perlawanan itu, Zhafri memecahkan kebuntuan pada minit-66 sebelum ketua pasukan, Paulo Josue, menggandakan kelebihan pada minit-74 bagi melengkapkan hari penuh gemilang buat KL City FC.

Kemenangan itu juga menamatkan kemarau penantian 32 tahun KL City yang kali terakhir menjulang trofi Piala Malaysia pada 1989 selain kejuaraan kali keempat secara keseluruhan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan TM Piala Malaysia 2021 melalui pautan dibawah. 

Piala Malaysia 2021: Tiga Jaringan Pantas Pastikan JDT Bergaya Ke Final

Menteri Besar Kedah Tumpang Gembira Dengan Kejayaan KL City Menjuarai Piala Malaysia 2021

Zhafri Yahya Tak Sangka 2021 Jadi Musim Gemilang Buat KL City