Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG) Georginio Wijnaldum telah melancarkan kritikan terbuka kepada penyokong Liverpool di media sosial.

Menurut beliau, penyokong di media sosial kerap menjadikannya sasaran, sehingga dia merasakan dirinya tidak disayangi di kelab tersebut.

Itu menjadi salah satu titik permulaan kenapa Wijnaldum memilih untuk angkat kaki dari Liverpool.

Wijnaldum dibawa oleh Liverpool dari Newcastle United pada musim panas 2016. Dia telah bermain lebih dari 200 kali dengan membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Inggeris Perdana Inggeris.

Wijnaldum kemudian menafikan bahawa dia memilih PSG kerana wang.

“Setiap hari dalam latihan dan permainan, saya sentiasa memberikan segalanya. Liverpool sangat bermakna bagi saya. Ada ketika saya merasa tidak diingini dan dihargai di sana,” tegas beliau.

“Bukan oleh rakan sepasukan saya, bukan oleh orang-orang di dalam Melwood. Saya tahu mereka semua menyayangi saya dan saya pun sayang kepada mereka. Bukan dari situ, lebih kepada dari pihak lain.”

“Ada masa ketika saya tidak merasa disukai. Dalam dua musim terakhir, saya pernah merasa seperti itu beberapa kali,” tambah beliau lagi.

“Peminat di stadium dan penyokong di media sosial adalah dua perkara yang berbeza. Di dalam stadium, saya tidak boleh mengatakan apa-apa yang buruk tentang mereka. Mereka selalu menyokong saya. Di media sosial jika pasukan kami kalah, saya menjadi salah satu kambing hitam, dengan menuduh [aksi buruk sebab] saya mahu untuk pergi.”

Seterusnya Wijnaldum menyatakan dia menyertai PSG bukan kerana wang. Tetapi kerana proses yang rumit ketika rundingan dengan Barcelona. Wijnaldum menyatakan proses rundingan dengan Barcelona terlalu lama berbanding dengan PSG.

“Tuduhan tersebut agak kelakar, kerana saya harus mengakui bahawa itu adalah pilihan yang sangat sukar. Saya telah menyokong Barca sejak kecil, saya peminat kelab rtersebut.”

“Kami sedang berunding dengan mereka dan saya mempunyai perasaan yang baik tetapi saya juga berunding dengan kelab lain. PSG bahkan tiba sebelum Barca.”

“Kami [PSG dan pihak Wijnaldum] baru sahaja bercakap tetapi itu bukan rundingan. Tetapi mereka kembali setelah minat daripada Barca. Saya bercakap dengan Leonardo dan kemudian dengan Pochettino yang saya kenal sejak zamannya di Tottenham, di mana saya pernah bercakap dengannya kerana dia ingin merekrut saya,” kata Wijnaldum.

“Pada waktu itu, saya sudah merasa senang untuk bekerja dengannya. Dia menjelaskan kepada saya projek PSG, hakikat bahawa mereka mahu memenangi lebih banyak gelaran di Perancis tetapi juga di Eropah.”

“Dia memberitahu saya jenis pemain yang tepat untuk kelab tersebut. Saya mengatakan kepada diri saya bahawa ini adalah projek yang baik dan memberitahu mereka bahawa saya terbuka untuk mendengar tawaran mereka.”

“Dari situ, rundingan berjalan dengan baik dan mereka melakukan segalanya, benar-benar segalanya, agar saya ditandatangani.”

“Mereka lebih pantas dalam rundingan dan saya mempunyai perasaan baik untuk menandatangani kontrak dengan PSG. Ini bukan kerana mahu menghasilkan lebih banyak wang di sini kerana perbezaannya tidak begitu besar. Saya menafikan memilih PSG untuk mendapatkan wang lebih banyak.”

Jamie Carragher kemudian memberikan respon kepada komen Wijnaldum. Di mana menurut Carragher, Wijnaldum tidak seharusnya terlalu melayan media sosial.

Seterusnya Carragher membidas Wijnaldum yang mempertahankan keputusannya turut kerana pertimbangan isu wang.

Carra berkata: “Saya sukakan Gini, tapi ini tidak betul. Media sosial adalah sarkas dan setiap kelab ada badutnya. Tutup notifikasi dan jika ia terus mengganggu kamu dengan teruk, padamkan aplikasi! Dia sebenarnya mahukan wang lebih banyak [untuk kontrak baru di Liverpool], dan kelab kata tidak! Itulah bola sepak.”

Baca juga artikel

Bale Tekad Cabar Tempat Dalam Kesebelasan Utama Real Madrid

Giggs Nafi Terajang Belakang, Hantuk & Tolak Teman Wanitanya Keluar Hotel Tanpa Pakaian

RASMI: Sancho Bangga Sertai Kelab Yang Dia Cintai

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group