Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam mengumumkan penaja utama pasukan iaitu Widad Langkasuka milik Widad Bussines Group yang melibatkan penajaan selama setahun.

Widad Langkasuka merupakan sebuah projek pembangunan moden bercirikan Islam yang bakal mengubah landskap Langkawi dan menjadi tarikan baru di lokasi pelancongan utama negara.

Penajaan itu turut menyaksikan jenama Widad Langkasuka dipapar pada bahagian depan jersi ‘HOME’ dan ‘AWAY’ pasukan KDA FC musim ini.

Widad Bussines Group juga adalah antara syarikat yang beroperasi dalam pelbagai industri di Malaysia seperti pengurusan kemudahan bersepadu, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan, juga menceburi bidang perkhidmatan mekanikal dan elektrikal, sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga, pembangunan harta tanah, pendidikan, perkhidmatan media dan ICT, perhotelan, akuakultur dan minyak dan gas.

Syarikat ini turut dinobat sebagai Lapan Kontraktor Terbaik Bumiputera dan 16 Kontraktor Terbaik di seluruh Malaysia selain mendapat penarafan “Kontraktor 5 Bintang” oleh CIDB.

Bagaimanapun, jumlah tajaan daripada Widad masih dirahsiakan dan syarikat itu tidak mahu terburu-buru memiliki saham KDA FC.

“Widad dah menaja sebahagian bayaran hutang-hutang sebelum ini membabitkan jumlah RM4.5 juta.

“Mereka bersetuju menjadi penaja utama musim ini dan kita mohon mereka membiayai pasukan malah ada juga penaja-penaja lain yang menaja KDA FC tahun ini,” kata Presiden KFA, YB Muhamad Sanusi Md Nor.

Darulaman FC
YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA. FOTO: Kedah FA

Manakala penaja bersama KDA FC yang telah menyokong saban tahun adalah Menteri Besar Kedah Incroporated (MBI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Bagi penajaan pakaian sukan pula, KDA FC turut berkerjasama dengan Lotto Malaysia oleh Prestige Sports Sdn. Bhd. dan Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. melibatkan pengeluaran kelengkapan pasukan dalam 3 pertandingan utama di Malaysia dan Asia.

KDA FC turut memeterai perjanjian penajaan bersama Cosmic Express sebagai pengangkutan rasmi selama setahun. Selain dari penyediaan pengangkutan pasukan ke semua venue perlawanan di Malaysia, Cosmic turut memberi komitmen tinggi dengan menyediakan bas khas bertema hijaukuning khusus untuk pasukan KDA FC sebagai kegunaan rasmi pasukan ketika pertandingan berlangsung.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Lebih 5000 Helai Jersi Terengganu FC Telah Terjual, Jersi ‘Away’ Paling Laris

Thomas Dooley Terkejut Melihat Fasiliti Latihan Sri Pahang FC Yang Sangat ‘Miskin’

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Tan Sri Annuar Musa Dilantik Sebagai Presiden Kuala Lumpur United

Sarawak United Tukar Venue Rasmi Ke Stadium Hang Jebat