West Ham berjaya membalas dendam kekalahan perit mereka dalam aksi Liga Perdana Inggeris dengan menyingkirkan Setan Merah dari Piala Carabao.

Lebih manis buat West Ham apabila mereka melakukannya di hadapan penyokong Manchester United di Old Trafford. Moyes turut menjadi pengurus West Ham pertama sejak 2007, menang di Old Trafford.

Di mana ketika itu, Carlos Tevez menjadi penjaring gol kemenangan West Ham sebelum menyertai Manchester United.

Gol awal perlawananm Manuel Lanzini sudah cukup buat West Ham untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 16 akhir.

Lanzini menjaringkan gol pertamanya dalam tempoh hampir setahun.

Man United membuat pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Mason Greenwood dan Bruno Fernandes. Namun dua pemain tersebut masih gagal mengubah nasib pasukan mereka.

Pada separuh masa kedua, Man United melakukan segalanya untuk bangkit, namun mereka sangat tumpul dan tidak berupaya menembusi Alphonse Areola.

West Ham memiliki 3 peluang keemasan pada 5 minit terakhir perlawanan, menerusi Andriy Yarmolenko, Mark Noble dan Jarrod Bowen — malangnya, kesemua mereka gagal menewaskan Dean Henderson.

Kekalahan ini meletakkan tekanan di bahu Solskjaer yang sudah berbelanja besar mendapatkan Jadon Sancho serta beberapa pemain lain seperti Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini United tewas di tangan Young Boys dalam aksi UCL.

Kekalahan ini juga bermakna Solskjaer sudah terlepas satu piala pada awal musim ini.

Peminat juga meluahkan kekecewaan mereka ke atas pemain seperti Sancho yang gagal menyerlah setakat ini.

Sancho dibeli dengan nilai £73 juta, masih belum mencipta sebarang assist serta masih gagal menemui sentuhan golnya.

https://twitter.com/MySportDab1/status/1440784014063771648

Positifnya, aksi Donny Van De Beek boleh dikatakan sangat baik dalam perlawanan ini, namun ianya tidak cukup untuk membantu United mengelakkan kekalahan.

Cadangan Piala Dunia 2 Tahun Sekali, Ancelotti: “Alang Alang, Buat Setahun Sekali Terus”

Hampir Dimalukan Granada, Koeman Pertahankan Taktikalnya & Minta Peminat Barca Terima Hakikat

TERKINI: James Rodriguez Sedang Berunding Dengan Kelab Qatar