West Ham sebelum ini menyatakan bahawa mereka berminat mendapatkan Jesse Lingard secara tetap selepas pemain itu cemerlang bersama dengan mereka setakat ini – dalam tempoh pinjaman.

Namun Man United – menurut The Athletic – meminta perjanjian pertukaran pemain dengan West Ham memberikan mereka Declan Rice.

United mahu memujuk West Ham untuk menjual pemain tengah berbakat mereka itu kepada mereka.

Namun begitu, West Ham tidak setuju dengan permintaan itu yang dianggap satu pembulian dalam perpindahan melibatkan Lingard.

Lingard kini sedang menikmati bola sepak yang indah di London dengan enam gol serta 4 assist dalam lapan penampilan pertamanya. Dan Hammers kini sedang serius mahu mendapatkan Lingard secara tetap.

United menilai perjanjian pertukaran pemain dengan wang itu akan mencecah £80 juta.

Cuma situasi sekarang West Ham masih konsisten enggan membincangkan sebarang rundingan yang berkaitan dengan penjualan Declan Rice.

Rice menjadi sasaran oleh Manchester United dan bekas kelab lamanya Chelsea. West Ham walaubagaimanapun tidak mahu terdesak untuk mendapatkan Lingard. Kerana bagi mereka pemain itu sendiri turut memerlukan tempat seperti yang beliau dapat dalam pasukan David Moyes.

Sejak menyertai West Ham, Jesse Lingard kembali ke pasukan kebangsaan England. Dan beliau menyatakan dirinya gembira bermain di West Ham.

Selain daripada West Ham, Lingard turut menjadi perhatian daripada AS Roma yang sejak kebelakangan ini memiliki hubungan yang baik dengan United dalam urusan pembelian pemain.

Gaji semasa Lingard bernilai £110,000 seminggu. Dan AS Roma sudah bersedia meminta bantuan Chris Smalling untuk memujuk pemain itu menyertai mereka.

Baca juga perkembangan lain

La Liga: Real Madrid Menang El Clasico Kali Ketiga Berturut Turut

EPL: Rembatan Arnold Lengkapkan Kebangkitan Liverpool, Tamatkan Badi Anfield

EPL: Leeds Menang Dengan 10 Pemain Dan Cuma 2 Percubaan Sahaja