Timo Werner mengakui bahawa beliau diberikan ‘reality check’ ketika beraksi di Liga Inggeris.

Penyerang Chelsea Timo Werner telah bergelut untuk membiasakan diri dengan fizikal dan intensiti di Liga Perdana Inggeris.

Liga Inggeris dikenali di seluruh dunia sebagai medan pertempuran yang menguji fizikal yang lebih tinggi berbanding liga lain.

Werner malah kehairanan bagaimana pemain berketinggian 1.9 meter mampu berlari sangat laju. Ianya perkara yang beliau tidak pernah alami sebelum ini.

Werner berkata:

“Pada awalnya, saya mempunyai gambaran terhadap diri sendiri bahawa saya akan mampu terus melakukannya.”

“Namun dalam beberapa bulan ini, saya diberikan realiti sebenar.”

“Pemain setinggi 1.9 meter, ‘kejam’ secara fizikal dan mereka sangat laju – termasuk pemain pertahanan.

“Apa yang berlaku di Liga Perdana Inggeris adalah sangat mengagumkan.”

Werner juga mengakui bahawa dengan prestasi beliau pada ketika ini, beliau tidak layak digelar peyerang bintang.

Peminat Chelsea pastinya mahu melihat Timo Werner bangkit dan menjadi mesin gol, seperti mana beliau di Bundesliga sebelum ini.

Werner dan Chelsea dalam misi Liga Juara Juara Eropah pada minggu ini berdepan dengan Atletico Madrid.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Aston Villa Haramkan Pemainnya Bermain FPL Kerana Percaya Ada ‘Tracker’

EPL: Manchester United Tewaskan Newcastle, Kekalkan Jurang 10 Mata

Serie A: Inter Benam AC Milan Untuk Jarakkan Diri 4 Mata Di Puncak