Penyerang Chelsea, Timo Werner telah melaungkan amaran kepada Liverpool tentang taktikal dalam final Piala FA 2021/22.

Di mana menurut Werner, Liverpool sentiasa ada masalah berdepan dengan Chelsea.

Liverpool turun ke Wembley menentang Chelsea dalam pemburuan Piala FA kelapan dalam sejarah kelab mereka.

Sementara Chelsea pula turun buat kali ketiga berturut turut dalam aksi final Piala FA. Sebelum ini mereka tewas kepada Arsenal dan Leicester dalam dua final tersebut.

Walaupun di atas kertas, Liverpool 16 mata di atas Chelsea dalam carta liga. Tetapi kedua dua pasukan mencatatkan dua keputusan seri sebelum ini termasuk seri 1-1 ketika Chelsea bermain 10 pemain.

Dalam aksi final Piala Carabao yang lalu, Chelsea turut memberikan banyak masalah kepada Liverpool. Di mana mereka ada 3 gol dibatalkan kerana ofsaid sebelum tewas dalam penentuan penalti 10-11, ketika Kepa Arrizabalaga menyepak bola tinggi.

Werner semakin mendapat sentuhannya walaupun masih jauh daripada catatan terbaiknya seperti di Jerman. Namun musim ini Werner sudah menjaringkan 11 gol daripada 37 perlawanan.

Pemain itu malah pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebelum menyertai Chelsea dengan nilai £53 juta.

Werner percaya Chelsea akan menamatkan musim ini dengan Piala FA. Werner juga yakin bahawa semangat ketika mengalahkan Man City dalam aksi final UCL msuim lalu akan menjadi motivasi mereka.

Chelsea’s Timo Werner reacts during the Premier League match at Stamford Bridge, London.

Werner tidak mahu menjadi sebahagian rekod buruk kalah 3 perlawanan final berturut turut dalam pertandingan Piala FA.

“Apabila kamu ke final untuk 3 tahun berturut turut, dan kalah kesemua 3 final itu, ianya bukan rekdo yang kamu mahu letakkan dalam Piala FA.”

“Namun saya rasa final Piala FA kali ini lebih mirip kepada final UCL musim lalu. Di mana kami juga menjadi pasukan underdog masa tu. Namun status itu sangat sesuai dengan kami. Dengan struktur yang kami miliki.”

“Liverpool sentiasa bermasalah menentang kami. Dalam 2 tahun kebelakangan ini, kami sentiasa menunjukkan aksi cemerlang berdepan Liverpool.”

“Kami tak pernah kalah di tangan Liverpool dalam 90 minit. Dan rasanya kami memenangi beberapa perlawanan menentang mereka.”

Seterusnya Werner memberikan amaran kepada Liverpool bahawa beliau sudah sedia menyakitkan taktikal The Reds dengan gaya permainannya.

Menurut Werner, corak taktikal Liverpool sebenarnya memudahkan pemain sepertinya yang sukakan pertarungan pecutan dengan pemain lain. Liverpool suka  bertahan dengan garisan tinggi. Jadi, Werner menganggap menentang Liverpool adalah keseronokan.

“Ianya sangat menyeronokkan menentang Liverpool. Mereka bertahan sangat ke bawah dan sangat berani. Mereka juga suka bertahan secara garisan tinggi, mungkin taktikal mereka itu menepati kehendak gaya permainan saya. Iana menyeronokkan.”

Werner kemudian menganggap Piala FA sebagai salah sebuah piala terbesar di Eropah dan Chelsea sudah sedia untuk memenanginya.

“Untuk memenangi Piala FA pada hujung musim akan memberikan sentuhan kepada musim kami. Ianya salah sebuah pertandingan terbesar di Eropah. Piala tertua di England.”

“Kami mahukan piala ini. Kami semua gembira kerana menentang lawan yang bagus, di mana ianya akan menjanjikan keseronokan bermain di final. Dan kami kamu memenangi Piala FA ini.”