Arsene Wenger meramalkan Manchester City akan menewaskan Real Madrid dan mara ke final Liga Juara Juara Eropah berdepan dengan Liverpool.

Namun pada masa yang sama Wenger percaya, tanpa Kyle Walker, Man City akan rapuh di barisan pertahanan.

City membawa kelebihan agregat 1 gol hasil kemenangan 4-3 ketika di Etihad minggu lalu.

Walker tidak dapat beraksi kerana cedera di bukul lali. Guardiola menjangkakan pemain itu mungkin sudah menamatkan aksi musim ini walaupun dia ada bersama dengan pasukan dalam lawatan ke Bernabeu.

Ditanya pasukan mana pilihan Wenger untuk mara ke final, beliau menjawa: “City, mereka adalah pasukan lebih baik.”

“Satu satunya masalah City adalah, mereka boleh menjadi rapuh di pertahanan tanpa kelibat Kyle Walker.”

“Apabila mereka memiliki [Joao] Cancelo dan Walker dalam satu masa yang sama, mereka boleh berdepan dengan tekanan di belakang pertahanan.”

“Namun tanpa Walker mereka tidak akan berada di tahap terbaik serta agak rapuh.”

Bercakap tentang ancaman utama daripada skuad bimbingan Carlo Ancelotti, Wenger menyatakan bahawa prestasi Benzema harus diberikan pujian.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan 9 gol dalam 4 aksi terakhir UCL untuk Real Madrid.

Seterusnya Wenger menganggap pertahanan Real Madrid setakat baik baik sahaja jika pun ada yang menganggap mereka bukanlah terlalu sederhana ataupun biasa biasa.

“Saya boleh katakan mereka memiliki pertahanan yang normal jika pun bukan yang biasa biasa sahaja dengan penjaga gol yang luar biasa.”

“Mereka ada pemain tengah yang sangat berskil tinggi dan sangat bijak dalam membuat keputusan tetapi agak kuat secara fizikal.”

“Dan inilah sebabnya, apabila mereka berjaya keluar dari tekanan, mereka masih mampu melakukan hantaran licik.”

“Mereka ada dua orang penyerag, salah seorang daripadanya melakukan apa sahaja yang kamu impikan, setiap sentuhannya adalah impian kepada setiap manusia yang cintakan bola sepak.”

“Dan Vinicius boleh mencipta sesuatu secara solo.”