Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyatakan pandangannya tentang Liga Negara Eropah. Dan beliau tidak gemarkan kejohanan yang menurutnya mengelirukan itu.

Malah Wenger mencadangkan adalah lebih baik menganjurkan Piala Dunia dan Piala Eropah dengan kerap. Kalau boleh setahun sekali untuk beradaptasi dengan bola sepak moden.

Piala Dunia dan Euro dianjurkan 4 tahun sekali. Euro ditangguhkan seketika kerana pandemik koronavirus yang melanda dunia.

Portugal menjuarai UNL yang pertama dengan menewaskan Belanda di final.

Namun menurut Wenger yang kini menjadi Ketua Pembangunan Bola Sepak Global sejak 2019, rata rata peminat tidak kisah dengan UNL dan ada yang tak faham dengannya.

UNL sebelum ini dianggap hanyalah aksi piala bukan kompetitif. Namun kini sudah ramai yang mengiktirafnya sebagai piala major.

“Kita harus mansuhkan UNL dan mengadakan pertandingan lebih jelas untuk semua orang faham.”

“Jika kamu tanya orang di luar sana, apa itu UNL, kamu tak akan jumpa mereka yang mampu menerangkannya.”

“Kita harus menghadkan pertandingan. Piala Dunia dan Euro untuk setiap tahun – rasanya lebih baik untuk era moden.”

Wenger mencadangkan, pusingan kelayakan hanya sebulan. Mudahkan proses untuk menjual hak penyiaran dan penajaan.

Wenger menyatakan perkara itu sedang dibincangkan di FIFA. Dan Wenger menolak hujah menyatakan, penganjuran kejohanan yang besar setiap tahun akan membuatkannya hilang seri.

“Saya selalu memberitahu orang yang mengatakan ini bahawa gambaran itu tidak berkaitan dengan masa. Sebaliknya lebih kepada kualiti pertandingan.”

“Lagipun, orang akan tetap menonton Liga Juara-Juara Eropah yang dianjurkan setiap tahun.”

Dia menambah: “Secara peribadi, saya rasa ini akan menjadi langkah maju yang bagus untuk semua.”

Baca juga perkembangan lain

Pulisic Laung Amaran, Chelsea Nak ‘Tapau’ Kesemua Piala Tersedia Musim Ini

Ozil Dapat Bonus Kesetiaan ÂŁ8 Juta Kerana Terus Kekal Di Arsenal Musim Panas 2020

Felix Magath: Messi Yang Bagi Barcelona Trofi Bukan Guardiola, Klopp Pun Bukannya Bagus