Wenger menuduh Chelsea kelab pertama berbelanja sesuka hati wang yang bukan hasil pendapatan mereka.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendedahkan tentang permusuhannya dengan Jose Mourinho lebih berkaitan dengan Chelsea berbanding dengan permusuhan peribadi dengan pengurus asal Portugal itu.

Pengurus legenda dari Perancis itu mendakwa kekecewaan asalnya datang daripada keupayaan berbelanja The Blues, sejak 2003. Di mana menurut Wenger, Chelsea telah berbelanja secara tak adil berbanding kelab lain.

Kedua-dua pengurus itu terlibat dalam beberapa detik ikonik dalam Liga Perdana. Mereka sering kutuk mengutuk dan sindiri menyindir. Dan kemuncaknya pada 2014 di mana kedua duanya bertelagah sehingga melibatkan sentuhan fizikal.

Selepas bertahun-tahun membina perseteruan, kedua-duanya akhirnya meletus pada tahap kemuncak pada Oktober 2014, apabila Wenger menolak Mourinho di garisan tepi padang semasa kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Arsenal.

Membincangkannya tentang perkara itu, bekas pengurs The Gunners berkata: “Imbas kembali detik itu, saya fikir saya tidak sepatutnya bertindak balas sama sekali. Ia bukan cara untuk berkelakuan di padang bola sepak.”

Detik beberapa saat itu terus hidup sehingga ke hari ini. Bercakap kepada Sky Sports, Wenger menjelaskan punca perseteruannya dengan Jose Mourinho: “Saingan saya lebih kepada atas nama kelab berbanding orang, saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan berbaur peribadi.”

Wenger anggap Chelsea kelab pertama berbelanja sesuka hati wang bukan pendapatan mereka

“Saya mempunyai banyak kejengkelan dengan [José] Mourinho pada masa itu kerana saya merasakan bahawa Chelsea adalah kelab pertama yang masuk dan membelanjakan wang yang mereka tidak perolehi.”

“Pada masa itu anda tidak mempunyai Financial Fair Play, dan sejak saat itu dalam 2004, dan pada masa kini mereka telah mencipta peraturan permainan adil dalam kewangan dan terdapat lebih kawalan ke atas kewangan kelab.”

Sejarah The Blues berubah secara drastik bermula awal 2000-an, dengan Roman Abramovich membeli kelab itu dan membiayai pembelian superstar pada masa itu.

Ia telah menyaksikan kelab itu naik ke puncak. Chelsea kemudian menjadi pesaing baharu kepada Manchester United berbanding dengan Arsenal bimbingan Arsene Wenger.

Chelsea kini sudah bukan milik Roman Abramovich lagi. Ini selepas billionaire dari Rusia itu terpaksa menjual kelabnya kepada Todd Boehly dan rakan rakannya.