Arsene Wenger memberikan kata kata pujian kepada Itali, terutama sekali pengurus mereka Roberto Mancini yang menurut beliau telah membina semula Itali dengan acuannya dengan sebaiknya.

Wenger menejaskan, Itali yang ada pada hari ini berbeza dengan Itali yang klasik namun pasukan ini tetap berupaya menempatkan diri dalam sejarah bola sepak mereka kerana efficiency yang mereka tunjukkan.

Itali dan Sepanyol terikat 1-1 dalam aksi separuh akhir untuk 120 minit. Dalam penentuan penalti, Itali mara selepas Sepanyol gagal menyempurnakan dua penalti mereka.

Itali ternyata kental bertahan di sebalik aksi dominan lawan mereak.

Mancini membina semula Itali ini dengan sebaiknya – Wenger

Dalam analisis beliau, Wenger berkata: “Kamu harus mengucapkan syabas kepada Mancini, dia membina semula pasukan ini.”

“Hakikatnya, kegagalan mereka mara ke Piala Dunia [2018] membolehkan beliau memberikan peluang kepada pemain pemain muda dan membina semula pasukan. Ini memberikan kamu lebih banyak masa untuk membina smeula pasukan.”

“Pasukan ini lebih berteknikal, karakter berbeza berbanding dengan Itali yang tradisional.”

Itali Sepanyol

“Namun pasukan Itali beliau [Mancini] ini mampu untuk meletakkan diri mereka dalam sejarah bola sepak Itali kerana mereka efisien.”

“Mereka efisien ketika bertahan dan efisien ketika pergi menyerang. Mereka menyudahkan bola dengan sebaiknya.”

Itali bernaluri pembunuh berbanding Sepanyol

Seterusnya Wenger kagum dengan kualiti penyerang Itali yang tajam. Walaupun tidak memiliki banyak peluang gol berbanding Sepanyol, namun mereka sentiasa membuatkan percubaan ke arah gol adalah satu ancaman gol.

Wenger menambah: “Setiap percubaan ke arah gol [oleh Itali] adalah percubaan bahaya yang sebenar. Apabila melakukan bola akhir [hantaran akhir atau penyudah] ianya adalah bola akhir yang sebenar.”

“Mereka sentiasa cuba melakukan semua perkara ini dengan sebaiknya.”

“Dan saya sukakan perkara seperti ini dalam diri penyerang penyerang Itali.”

Wenger kemudian menyatakan, bayangkan kalau peluang gol yang dimiliki Sepanyol itu diberikan kepada Itali, beliau percaya Itali akan menyudahkannya dengan lebih baik.

Ini kerana menurut Wenger, beza kualiti penyerang kedua dua pasukan adalah naluri pembunuh. Di mana Itali lebih benaluri pembunuh di hadapan gol.

Baca juga artikel

Euro 2020: Tuah Sepakan Penalti Milik Itali, Tundukkan Sepanyol Untuk Ke Final

Baddrol Bakhtiar Percaya Masih Ada Harapan Beraksi Di Pentas Piala AFC 2021

Ruggeri Mahu Patahkan Kaki Neymar Kerana Tak Beretika Dan Suka Mengaibkan Lawannya