Penyerang Everton, Wayne Rooney, secara rasmi telah diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Major League Soccer (MLS) hari ini dengan kontrak 3 tahun setengah, menurut kemaskini dari BBC Sports.

Wayne Rooney akan melengkapkan perpindahannya apabila jendela perpindahan pertengahan musim di Amerika Syarikat dibuka pada 10 Julai 2018 nanti.

Melalui kemaskini BBC Sports itu juga, dikatakan bahawa tiada yuran perpindahan yang terlibat namun DC United telah bersetuju untuk membayar sejumlah wang pampasan kepada Everton.

wayne rooney

Urusan perpindahan pemain berusia 32 tahun itu bernilai £10 juta, bermakna Wayne Rooney muncul sebagai pemain yang paling tinggi dibayar dalam sejarah kelab DC United.

Beliau dijangka akan membuat penampilan pertama bersama DC United apabila kelab itu membuka stadium baru mereka, Audi Field Stadium,  yang mempunyai kapasiti tempat duduk berjumlah 20,000 pada 14 Julai 2018.

36303236_413531799147322_5476931876268539904_o

Bekas penyerang Manchester United itu dilaporkan telah bersetuju secara dasarnya pada bulan lalu tetapi masih tidak dapat membuat keputusan untuk meninggalkan Everton selepas beraksi selama 1 musim.

Wayne Rooney akan meninggalkan Liga Perdana Inggeris dengan rekod 208 gol dibelakang Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman – 260 gol.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group