Itali mencipta sejarah menjuarai Euro kedua mereka. Menafikan peluang England dalam final pertama dalam aksi major selepas 55 tahun.

Itali menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley. Di mana 3 pemain England gagal menjaringkan gol, dan hanya dua pemain Itali yang gagal.

Arsene Wenger memuji prestasi Itali kali ini yang menurutnya sangat berbeza daripada Itali yang klasik. Wenger malah memberikan kredit kepada Roberto Mancini yang menurut beliau bijak mengolah taktikal dan membentuk pasukan mengikut acuannya.

Dalam analisis beliau ketika aksi Itali Sepanyol, Wenger berkata: “Kamu harus mengucapkan syabas kepada Mancini, dia membina semula pasukan ini.”

“Hakikatnya, kegagalan mereka mara ke Piala Dunia [2018] membolehkan beliau memberikan peluang kepada pemain pemain muda dan membina semula pasukan. Ini memberikan kamu lebih banyak masa untuk membina smeula pasukan.”

“Pasukan ini lebih berteknikal, karakter berbeza berbanding dengan Itali yang tradisional.”

Itali Sepanyol

“Namun pasukan Itali beliau [Mancini] ini mampu untuk meletakkan diri mereka dalam sejarah bola sepak Itali kerana mereka efisien.”

“Mereka efisien ketika bertahan dan efisien ketika pergi menyerang. Mereka menyudahkan bola dengan sebaiknya.”

Itali bernaluri pembunuh

Seterusnya Wenger kagum dengan kualiti penyerang Itali yang tajam. Walaupun tidak memiliki banyak peluang gol berbanding Sepanyol, namun mereka sentiasa membuatkan percubaan ke arah gol adalah satu ancaman gol.

Wenger menambah: “Setiap percubaan ke arah gol [oleh Itali] adalah percubaan bahaya yang sebenar. Apabila melakukan bola akhir [hantaran akhir atau penyudah] ianya adalah bola akhir yang sebenar.”

“Mereka sentiasa cuba melakukan semua perkara ini dengan sebaiknya.”

“Dan saya sukakan perkara seperti ini dalam diri penyerang penyerang Itali.”

Bridge sakit hati tengok Mancini

Namun bagi Wayne Bridge, beliau ada pandangan berbeza. Di mana menurutnya Mancini seorang yang teruk dari segi taktikal dan tidak berhak untuk juara Euro kali ini berbanding dengan Southgate.

Bridge bermain untuk Roberto Mancini pada 2009 selepas pemecatan Mark Hughes. Beliau mengakui dia memang bencikan Mancini sejak dari dulu. Oleh sebab itu kejayaan Itali kali ini membuatkan beliau benar benar sakit hati.

“Ianya benar benar membuatkan saya sakit hati, kerana saya bencikan Mancini, semua orang tahu saya bencikan dia. Saya tak kata bahawa dia adalah perkara terburuk yang saya pernah lalui, namun secara taktikal, dia seorang tak teruk.”

“Apa yang dia capai itu bagus sekali, tapi itu sangat sakit untuk diungkapkan.”

Bridge turut mendedahkan bahawa, mereka sekeluarga bukan sahaja bersorak untuk England pada malam final itu, tetapi turut bersorak agar Mancini kalah.

“Kami sekeluarga bukan sahaja bersorak untuk England. Namun turut bersorak agar dia kalah. Jadi, ini membuatkan saya lebih terluka apabila dia menang.”

“Saya tak pernah mengagumi dia sebagai jurulatih. Apa yang dia buat di City, semua kejayaan dia kerana pemain dan pasukan yang bagus yang dia ada. Bukan kerana faktor dia pengurus yang bagus.”

“Saya pernah bergaduh dengan dia. Saya ada di sana beberapa bulan dan kami berhubungan baik namun saya tak suka langsung cara dia mengendalikan sesi latihan. Pada suatu hari Bellamy bertanya: ‘Apa perlu kita lakukan, kalau ini yang berlaku dalam perlawanan sebenar?’ Mancini menjawab: Diam, kamu diam!”

Baca juga artikel

TERKINI: Barcelona Berdepan Jalan Buntu Nak ‘Tolak’ Griezmann Ke Atletico Kerana Gaji Dan Saul

Van Dijk Kecewa Dituduh Menentang Kepulangan Van Gaal Urus Skuad Belanda

Manchester City Setuju Terma Peribadi Grealish, Turut Berusaha Dapatkan Kane