Pemain tengah skuad kebangsaan Jepun, Wataru Endo melengkapkan perpindahan tetap dengan menyertai kelab 2.Bundesliga, VfB Stuttgart daripada kelab Belgium, Sint-Truiden.

Endo sebelumnya menyertai Stuttgart secara pinjaman pada Ogos tahun lalu dan pemain berusia 27 tahun ini sentiasa menjadi pilihan utama pengendali pasukan, Pellegrino Matarazzo untuk membarisi kesebelasan utama.

Setelah menampilkan aksi cemerlang bersama Shonan Bellmare dan Urawa Reds Diamond dalam saingan Liga Jepun, Endo menarik minat beberapa kelab dari rantau Eropah untuk mendapatkan khidmat beliau.

Pemenang AFC Champions League (ACL) 2017 itu kemudiannya memilih untuk berhijrah menyertai Sint-Truiden yang beraksi dalam saingan Jupiler Pro League Belgium.

Setelah semusim bersama Sint-Truiden, Wataru Endo menyertai Stuttgart secara pinjaman pada Ogos lalu dan kini telah melengkapkan perpindahan tetap ke pasukan itu.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun yang beraksi di Eropah di sini:

Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan

Barcelona Batalkan Niat Dapatkan Pengganti Hiroki Abe Kerana Kekangan Ekonomi

AZ Alkmaar Tandatangan Pemain Jepun Berusia 19 Tahun Dengan Kontrak Penuh Sehingga Musim 2025