Berita mengejutkan datang dari negara jiran apabila seorang wartawan bola sepak Thailand mendedahkan juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) ada memberikan tawaran kepada penyerang berpengalaman negara tersebut, Adisak Kraisorn.

Gian Chanarichawla, seorang wartawan bagi laman web Football Tribe mendedahkan perkara ini di laman media sosial Twitter beliau baru-baru ini.

Kuota pemain import Asia Tenggara JDT musim ini diisi oleh pemain dari Singapura, Hariss Harun yang setakat ini bergelut bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan.

Adisak merupakan pemain pinjaman dari Muangthong United yang beraksi bersama Port FC dalam saingan Thai League 1 musim 2020/2021 dan beliau berjaya menjaringkan 11 gol dalam saingan liga.

Adisak Kraisorn
Sumber Gambar: Port FC

Sekiranya JDT mahu membawa masuk Adisak Kraisorn, besar kemungkinan mereka akan meletakkan Hariss dalam skuad JDT II bagi memberi laluan kepada penyerang senior skuad kebangsaan Thailand itu dalam skuad utama.

Tambahan pula, tempoh pinjaman penyerang utama dari Brazil, Bergson Da Silva akan tamat pada bulan ini dan kelibat Adisak dilihat sebagai satu alternatif jika kelab Bergson, Fortaleza memutuskan untuk memanggil pulang pemain itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Dollah Salleh: Kemasukan Herold Goulon Beri Perbezaan, Namun Serangan Jadi ‘Punca’

TMJ Secara Santai Melawat Bilik Persalinan Pasukan Terengganu, Ucap Tahniah Menang Keatas JDT

Terengganu Sentap Ego JDT Di Stadium Sultan Ibrahim