Nama Thitiphan Puangchan tiba tiba dikaitkan dengan kelab Liga Super Malaysia bagi saingan musim 2023 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Ini selepas satu status daripada wartawan bola sepak Thailand menulis bahawa pemain itu sedia untuk beraksi di Liga Super Malaysia.

Berita itu agak mengejutkan oleh ramai pihak yang berteka teki mencari pasukan mana yang sedang berunding dengan pemain Bangkok United itu.

Sebelum ini seorang lagi pemain antarabangsa Thailand, Adisak Kraisorn sudah sah menandatangani kontrak dengan pasukan Terengganu FC.

Jadi kehadiran Thitiphan ke Liga Super Malaysia pastinya akan merancakkan lagi interaksi pemain dari kedua dua negara sejak akhir akhir ini.

Dengan beberapa pemain kebangsaan Malaysia sudah sah beraksi di Liga Thailand iaitu Safawi Rasid dan juga Dions Cool.

Dalam sejarah Liga Malaysia, sejak era semipro lagi sudah ramai nama nama pemain dari Thailand yang beraksi di sini.

Ini termasuk legenda mereka Kiatisuk Senamuang.

Thitiphan Puangchan merupakan pemain antarabangsa Thailand. Dia diletakkan nilai sekitar RM1.65 juta oleh Transfer Market.

Beliau boleh bermain di posisi tengah dan dikenali dengan gaya permainan yang rajin membantu pertahanan dan serangan.

Di dalam kariernya dia sudah memenangi 2 kejuaraan Liga 1 Thailand – bersama Muangthong dan Pathum United. Titiphan turut memiliki 1 Piala FA Thailand ketika beraksi dengan Chiangrai United.

Di peringkat antarabangsa, dia sudah membantu Thialand memenangi Piala AFF 2020. Kemudian di peringkat belia dan remaja, namanya bukan asing lagi.

Thitiphan menjadi antara pemain yang membantu Thailand memenangi Piala AFF B-19 pada 2011 serta 2 pingat emas Sukan SEA pada 2013 dan 2015.