Radamel Falcao merupakan nama yang sering disebut-sebut oleh peminat bola sepak tanah air sejak kebelakangan ini ekoran dikaitkan dengan perpindahan ke juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Falcao dijangka meninggalkan kelab terkini beliau iaitu Galatasaray kerana beliau tidak berada dalam perancangan pasukan itu bagi menghadapi saingan musim 2021/2022.

Baru-baru ini, seorang wartawan sukan Colombia iaitu Pipe Sierra mendedahkan ada sekurang-kurangnya 30 pasukan yang berminat untuk mendapatkan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Colombia itu. Namun, hanya JDT yang memberikan tawaran rasmi kepada pemain itu.

https://twitter.com/PSierraR/status/1427286084338208773?s=20

“Ada sekitar 30 pasukan yang berminat dengan Radamel Falcao (35) sejak diumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Galatasaray.

“Satu-satunya pasukan yang membuat tawaran rasmi kepada beliau ialah Johor dari Malaysia. Tetapi sehingga kini masih belum ada perkembangan lanjut. Pemain ini mengutamakan sebuah projek bola sepak,” katanya.

Falcao mula beraksi bersama Galatasaray sejak 2019 dimana beliau menyertai kelab itu secara percuma dari AS Monaco. Sebelumnya, Falcao pernah beraksi bersama Chelsea, Manchester United dan Atletico Madrid.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Aksi Jafri Firdaus Chew ‘Tunjal’ Kaki Rabih Ataya Terima Kecaman Hebat Peminat Bola Sepak Malaysia

Jumlah Gaji Yang Perlu Dibayar Oleh JDT Jika Dapatkan Khidmat Radamel Falcao

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu