Beberapa orang wartawan bola sepak dari Australia kini mula menyuarakan kebimbangan mereka dimana kemungkinan kelab dari saingan A-League bakal terjerumus ke kancah AFC Cup jika prestasi hambar terus dipamerkan.

Perkara itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini dimana kutipan mata AFC MA Ranking Australia kini berada dikedudukan ke 7 Asia Timur, dan jurang diantara pasukan untuk berada dalam Top 10 adalah tidak besar.

Kebimbangan utama mereka adalah kebangkitan pasukan-pasukan kelab dari Asia Tenggara terutamanya yang kini sudah memintas Australia seperti Thailand dan Filipina, serta Vietnam yang kini sedang mengekori rapat.

Selain itu, Singapura dan Malaysia juga semakin merapatkan jurang dengan Australia dan ini jelas memperlihatkan mereka dalam keadaan yang bahaya dan berisiko jatuh ke saingan AFC Cup dalam masa beberapa tahun lagi jika tiada peningkatan dipersembahkan dalam kejohanan AFC Champions League.

Mungkin perkara ini akan membuatkn mereka merasa ‘terhina’ kerana berisiko untuk jatuh ke saingan ke-2 paling elit di Asia dan ini merupakan satu pengajaran awal yang kita boleh ambil cakna jika mahu bola sepak Malaysia kembali gemilang dirantau Asia.

Baca juga artikel lain berkaitan AFC Champions League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Akibat ‘Banner Fxxk VAR’ SCG Muangthong United Didenda THB50,000 Oleh Thai League

102,712 Penonton Hadir Ke Stadium Untuk Liga Super Dan Liga Premier, 3 Venue Catat Bawah 1,000 Penonton

Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group