Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengeluar barangan sukan terkenal Thailand, Warrix menjalin kerjasama dengan Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) bagi saingan Piala AFF Suzuki edisi tahun ini dimana mereka akan menjadi pengeluar rasmi bagi bola dan juga jersi kejohanan.

Perkara ini disahkan oleh SPORTFIVE, salah satu agensi yang menguruskan Warrix yang menyaksikan selain membekalkan bola yang akan digunakan pada setiap perlawanan, Warrix juga akan membekalkan jersi yang dipakai oleh pengadil dan ball boy, selain bibs dan juga lilitan ketua pasukan.

Warrix

Charyl Chappuis

Jenama Warrix mula mendapat perhatian di rantau Asia Tenggara selepas menjadi pengeluar jersi rasmi juara lima kali Piala AFF Suzuki, pasukan kebangsaan Thailand bermula 2017 lalu.

Selain itu, Warrix juga pernah menjadi pengeluar rasmi jersi pasukan Liga Malaysia iaitu Melaka United pada musim 2018 lalu selain beberapa kelab di Asia Tenggara lain seperti Hougang United (Singapura) dan Suphanburi FC (Thailand).

Warrix

Sumber Gambar: Melaka United Online

Sepanjang saingan Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini, logo Warrix akan terpampang di beberapa platform seperti laman web Piala AFF, perkarangan stadium, iklan televisyen dan banyak lagi platform.

Selain itu, jenama terbabit juga diberikan ruang untuk mempromosikan produk terbaru mereka ketika hari perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

“Pemain Asia Sentiasa Menjadi Mangsa Prejudis Di Eropah, Punca Utama Ramai Bakat Gagal Menyerlah” – Philippe Troussier

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group