Kesakitan patah tangan kiri yang dialami oleh seorang penyokong setia Harimau Malaya, Mohd Zulrani Helmi sedikit terubat apabila beliau menerima kunjungan kapten skuad negara, Farizal Marlias dan dua lagi pemain iaitu Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad di kediamannya hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam bagi melihat sendiri sendiri keadaannya dan mendengar kisah yang berlaku di kawasan tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada hari khamis lepas.

FAM turut memberikan sedikit sumbangan dan juga tiket perlawanan Malaysia lwn UAE, Selasa ini kepada Mohd Zulrani sebagai menghargai kesungguhan dan semangat beliau yang sanggup bersama-sama penyokong lain terbang ke Jakarta bagi memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

70534484_2368594819903935_2270537136795025408_n
FOTO: FAM

Tindakan FAM tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan yang memuji langkah badan induk bola sepak negara itu menghargai sokongan dan pengorbanan mereka seterusnya mendekatkan lagi hubungan pemain dengan penyokong setia.

Rata-rata peminat menyifatkan pengurusan FAM kali ini lebih baik daripada dahulu dan berharap budaya ini tetap diteruskan pada masa yang akan datang untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala.

vfc2 vfc1

vfc4

Selain itu, terdapat juga cadangan daripada peminat bola sepak tempatan yang mahu FAM memberikan tiket percuma kepada 300 penyokong yang telah hadir di Stadium Gelora Bung Karno untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

vfc3

Anda boleh membaca artikel lain mengenai apa yang berlaku ketika perlawanan diantara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

Saksikan Bagaimana Penyokong Indonesia Membaling Air Kencing Ke Arah Penyokong Malaysia

‘22 Buah Tangan’ Ultras Malaya Mewarnai Gelora Bung Karno