Bermula semalam, apabila sebuah video yang memaparkan seorang wanita mempertahankan hujahnya dan telah mencetuskan satu tanda tanya yang sangat luar biasa bagi peminat saingan Liga Inggeris di Malaysia.

Perkara itu terjadi dalam sebuah program saluran Astro Arena yang telah menjemput wakil penyokong wanita Liverpool dan Manchester United bagi sesi berkenaan yang dihoskan oleh Burn.

Namun, tumpuan beralih kepada satu kenyataan dari wakil penyokong Liverpool iaitu Wan Diana yang berkeras mempertahankan hujahnya bahawa EPL bermula pada tahun 2016!

“Satu lagi you kena ingat, if you are talking about EPL, EPL rebranding balik eh since 2016. Manchester United tak ada trofi, yang ada Liverpool.”

“You tak ada EPL, you all tak ada EPL. It’s not EPL, EPL starts from 2016. MU tak ada.”

Sila tonton video penuh dibawah untuk melihat sendiri bagaimana seorang yang dikatakan sebagai penyokong Liverpool berkeras mengatakan bahawa EPL bermula pada 2016.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

“Jika Proses Penswastaan Pasukan Liga Malaysia Gagal Dilaksanakan, Perlesenan FAM Tidak Diiktiraf Oleh AFC.” – Dato’ Windsor John

Saluran Youtube Bola Sepak Tersohor Dunia – COPA90, Terbitkan Video Khas Mengenai Pasukan JDT

Kisah Anak Malaysia Pikat Jurulatih England U15, Kecewa Gagal Terima Sokongan Untuk Kekal Sebagai Pemain Akademi QPR

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group