Peminat bola sepak wanita di Iran akhirnya dibenarkan untuk menonton perlawanan bola sepak di stadium setelah larangan untuk berbuat demikian ditarik balik oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Iran setelah mendapat peringatan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Iran tidak membenarkan wanita untuk memasuki mana-mana stadium bola sepak di negara itu selama lebih 40 tahun dan tindakan itu nyata mengundang kritikan dari ramai pihak sekaligus memaksa badan induk bola sepak dunia itu campur tangan.

FIFA menggesa FA Iran untuk membenarkan wanita memasuki stadium susulan kes seorang peminat, Sahar Khodayari atau yang lebih dikenali dengan gelaran “Blue Girl” meninggal dunia di hospital selepas membakar dirinya di luar mahkamah di mana dia bimbang akan dipenjarakan selama 6 bulan setelah menghadiri perlawanan yang melibatkan pasukannya iaitu Esteghlal dengan menyamar sebagai lelaki.

FIFA

Sahar Khodayari atau yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Blue Girl’. Sumber Gambar: Medium

Setelah larangan tersebut ditarik, peminat wanita bola sepak Iran tidak melepaskan peluang dimana menurut laporan The Guardian, tiket perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Iran menentang Kemboja di Stadium Azadi telah habis terjual.

Bagi perlawanan antara Iran menentang pasukan Kemboja hari ini, tempat duduk penonton akan dibahagikan kepada dua bahagian dimana penonton wanita akan diasingkan daripada penonton lelaki.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Iran di sini:

FIFA Adakan Lawatan Ke Iran Susulan Kes Bakar Diri ‘Blue Girl’

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group