Pemain sayap Selangor, Wan Zack Haikal dikhabarkan kekal bersama skuad Gergasi Merah itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Bekas pemain Kelantan dan FC Ryukyu itu dikhabarkan memberi keutamaan kepada Selangor berbanding pasukan Liga Super lain yang memberi tawaran kepada beliau. Difahamkan Wan Zack hampir mencapai kesepakatan sekaligus menandatangani kontrak lanjutan.

Akan tetapi, sekiranya kontrak lanjutan tidak ditandatangani, maka pemain berusia 29 tahun itu sedia untuk berhijrah ke pasukan lain dimana dua pasukan dari pantai timur, Pahang dan Terengganu FC dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Wan Zack Haikal hanya beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Selangor musim ini setelah berehat panjang musim lalu akibat kecederaan lutut yang dialami ketika perlawanan pra musim.

Namun, aksi beliau sangat terhad setelah saingan Liga Super dilangsungkan secara satu pusingan manakala saingan Piala FA dan Piala Malaysia terpaksa dibatalkan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Dua lagi pemain, Syahmi Safari dan Nor Hakim Hassan dilihat bakal kekal bersama Selangor sekaligus berada dalam perancangan ketua jurulatih baharu, Karsten Neitzel.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Terengganu FC Tidak Sambung Kontrak Tiga Pemain

Yusri Che Lah Tidak Lagi Bersama Pasukan Kelantan