Ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee melakukan kejutan apabila menyenaraikan muka baharu yang berdarah kacukan Australia-Malaysia, Quentin Cheng yang beraksi bersama kelab Central Coast Mariners bagi memperkuatkan pasukan menghadapi acara bola sepak Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.

Beliau telah menyenaraikan 28 pemain untuk menyertai kem latihan pusat yang bermula pada hari Isnin ini, 4 November. Bagaimanapun, hanya 23 pemain akan melapor diri pada 4 November 2019 manakala baki lima lagi pemain melapor diri pada 13 November 2019 selepas selesai tugasan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Phnom Penh, Kemboja bersama skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney.

74270603_2471284242968325_65350362655096832_n
Sumber: FAM

Lima pemain yang terlibat dalam kempen Kelayakan AFC B-19 ialah Luqman Hakim Shamsudin, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhamad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Muhammad Azam Azmi Murad yang berusia antara 17 hingga 18 tahun.

Ketiadaan bintang dari Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain Wan Kamal dalam senarai tersebut mungkin ada kaitan dengan masalah pasport milik pemain itu belum diperbahrui dan proses dokumentasi yang perlu diselesaikan dengan kerjasama kerajaan Malaysia.

Antara muka baharu lain yang turut dipanggil adalah dua pemain Kedah, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin serta dua pemain Perak, Muhammad Haziq Mohd Subri dan Muhammad Khairul Amizan Suhaimi.

Dua nama pemain Senior bakal diumumkan pada 15 November.

Memandangkan format pertandingan membenarkan setiap negara mempunyai dua pemain yang melebihi umur 22 tahun, Ong Kim Swee bakal mengumumkan nama pemain senior pada 15 November 2019 iaitu sehari selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand.

Mereka akan melapor diri pada 20 November 2019 iaitu sehari selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia.

undian sukan sea 19-01
Grafik keputusan undian bola sepak lelaki Sukan SEA 2019

Skuad akhir seramai 20 pemain akan berlepas ke Manila pada 23 November 2019 bagi menghadapi saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste bermula 25 November 2019 di dua venue iaitu Stadium Memorial Rizal dan Stadium Binan.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual pada 7 Disember 2019 manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan seterusnya aksi final dijadual berlangsung pada 10 Disember 2019, sehari sebelum upacara penutup Sukan SEA 2019.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan skuad Sukan SEA yang mungkin anda terlepas pandang melalui pautan artikel dibawah.

Masalah Pasport Mungkin Halang Wan Kuzain Beraksi Dalam Sukan SEA 2019

Ong Kim Swee Daftarkan 8 Pemain Senior Dalam Senarai Awal Skuad Sukan SEA

Sukan SEA 2019: Malaysia Perlu Biasakan Diri Bermain Di Atas Padang Sintetik