Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain muda negara yang berkarier di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal tersenarai dalam top 10 ejen bebas bagi menghadapi saingan Major League Soccer (MLS) musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang sentiasa membawa perkembangan pemain Malaysia di luar negara iaitu Harimau Abroad dimana laman web USL Championship menyenaraikan Kuzain sebagai pemain yang wajar diberikan kontrak oleh pasukan di saingan USL dan MLS.

“Tiga musim selepas menandatangani kontrak sebagai pemain Homegrown dengan Sporting Kansas City, Wan Kuzain tidak mecapai kejayaan seperti yang dilakukan oleh beberapa rakan sepasukannya dengan SKC II seperti Gianluca Busio, Jaylin Lindsey dan Felipe Hernandez dimana ketiga-tiga pemain mempunyai sekurang-kurangnya 750 minit bermain musim ini.

“Oleh itu, apa yang boleh ditawarkan oleh Kuzain ialah menghubungkan titik di bahagian tengah kepada bahagian sisi. Pemain berusia 22 tahun ini yang pernah dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik pada tahun 2018 mempunyai kadar hantaran sebanyak 89.2 peratus (2.446 dari 2.742) dalam 61 penampilannya di saingan USL.

Sporting Kansas City FC memutuskan untuk tidak memberi Wan Kuzain kontrak lanjutan bagi menghadapi saingan musim 2021.

Selain Kuzain, seorang lagi pemain yang mempunyai darah Malaysia, Issacs Angking turut tidak mendapat kontrak lanjutan namun pemain itu akan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain muda Malaysia yang beraksi di luar negara di sini:

Pemain Muda Malaysia, Saurav Singh Sertai Akademi FC Malaga City

Senarai Pemain Muda Malaysia Yang Beraksi Di Eropah

Dua Pemain Muda Malaysia Sertai Akademi Bola Sepak Di Sepanyol

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group