Pemain negara yang beraksi Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal berhasrat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Perkara ini dikongsikan oleh bapa Kuzain iaitu Wan Kamal menerusi satu komen di media sosial Facebook dimana pemain tengah Rio Grande Valley itu sedang berbincang dengan ibunya bagi membantu pasukan kebangsaan bagi menghadapi kejohanan antarabangsa.

Sebelum ini, Wan Kuzain memberikan reaksi terhadap kehadiran Dion Johan Cools dalam skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sedang berlangsung ketika ini.

Reaksi Kuzain seolah-olah beliau berminat untuk mengikut jejak langkah Dion Cools sekaligus menjadikan Malaysia sebagai pasukan kebangsaan yang diwakilinya di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 22 tahun ini pernah menyertai sesi latihan pusat skuad B-22 tahun pada 2019 sebagai persiapan sebelum beraksi dalam temasya Sukan SEA Filipina.

Namun, beliau tidak disenaraikan dalam skuad yang dibawa ke Filipina atas sebab-sebab tertentu sekaligus hasrat melihat Kuzain untuk beraksi bersama Malaysia tidak kesampaian.

Adik Kuzain, Wan Kuzri juga pernah berlatih bersama skuad B-19 tahun negara pada pertengahan tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Suphanat Mueanta: Kami Mahu Mencatat Kemenangan Ke Atas Malaysia

TMJ: “Kepada Presiden FAM, Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan”

PSSI Bakal Tambah Pemain Naturalisasi Dalam Skuad Shin Tae-yong