Pemain muda Amerika Syarikat berdarah Melayu Kelantan, Wan Kuzain, berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam Major League Soccer (MLS) hari ini.

Dalam perlawanan diantara Sporting KC bertemu Minnesota United FC itu, Wan Kuzain menjaringkan gol ke 2 Sporting KC hasil hantaran Graham Zusi dalam kotak penalti dan disudahkan oleh pemain berusia 19 tahun itu menggunakan kaki kirinya pada minit ke 35.

Perlawanan bertemi Minnesota United FC itu adalah penampilan ke 2 berturut-turut Wan Kuzain yang masuk menggantikan Yohan Croizet yang cedera pada minit ke 18. Debut Wan Kuzain bersama Sporting KC hadir kira-kira seminggu lalu apabila masuk menggantikan Roger Espinoza pada minit ke 87 perlawanan bertemu Colombus Crew SC.

USATSI_10857612

Kemenangan 4-1 mengatasi Minnesota United FC membolehkan Sporting Kansas City mendahului liga MLS Western Conference dengan 28 mata dari 14 perlawanan, 2 mata mengatasi FC Dallas ditempat kedua.

2018-06-04_15-12-37

Saksikan gol pertama Wan Kuzain dalam Major League Soccer bersama Sporting Kansas City.

 

Dengan jaringan itu juga, Wan Kuzain muncul sebagai pemain ke 2 paling muda menjaringkan gol untuk Sporting Kansas City selepas Soony Saad melakukannya pada hari lahirnya yang ke 19.