Bapa kepada Wan Kuzain dan Wan Kuzri, Wan Kamal menganggap pemain naturalisasi, Guilherme De Paula terlalu tua untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Setelah menyaksikan aksi De Paula pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan dan Bahrain, ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air mengkritik persembahan yang ditampilkan oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang dianggap malas dan sering merosakkam tempo permainan.

Menurut Wan Kamal, selain terlalu tua, pemain berusia 35 tahun itu sudah tidak memiliki kelajuan yang diperlukan untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Guilherme De Paula
Sumber Gambar: Facebook Wan Kamal

“Sebagai seorang pemain, Guilherme De Paula adalah seorang yang bijak dan seorang pemain bola sepak yang baik tetapi dia sudah terlalu tua untuk kerja ini (bermain bersama skuad negara).

“Kombinasi kekuatan dan kelajuan yang dia miliki sudah tiada lagi,” katanya.

Kekalahan kepada Bahrain pada Sabtu lalu menjadi kemuncak kepada kemaraham penyokong terhadap De Paula dan ramai menggesa agar ketua jurulatih, Kim Pan-gom tidak menurunkan pemain itu pada aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Bangladesh 14 Jun ini.

Ramai pihak mahu Pan-gon mengekalkan Darren Lok sebagai penyerang utama negara kerana pemain Petaling Jaya City itu dianggap jauh lebih baik berbanding De Paula dimana beliau kerap memberikan tekanan terhadap pertahanan lawan dan perkara ini nyata banyak membantu pasukan negara.

Selepas tewas kepada Bahrain, Malaysia wajib meraih kemenangan ke atas Bangladesh sekiranya mahu melayakkan diri ke temasya Piala Asia tahun hadapan.

Pan-gon dijangka menurunkan barisan terkuatnya sama seperti ketika menewaskan Turkmenistan dengan keputusan 3-1 pada perlawanan pembukaan kumpulan E.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

PSM Jelaskan Punca Padang Jadi Rosak Dan Bertukar Sawah Padi

Akram Mahinan: Harap Semua Negeri Ada Padang Seperti Stadium Sultan Ibrahim

Kelayakan Piala Asia: Jaringan Penalti Bahrain Kecewakan Skuad Negara