Bekas penjaga gol Pahang dan Terengganu FC, Wan Azraie Wan Teh sah menyertai pendatang baharu Liga Super, pasukan Sabah bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Setelah dua musim beraksi bersama Terengganu, kontrak Wan Azraei tidak disambung oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT). Namun, penjaga gol kelahiran Kuala Terengganu ini tidak menunggu masa yang lama untuk mencari pasukan baharu apabila Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menawarkan kontrak kepada beliau.

Menurut laporan Berita Harian, Azraei sedar bahawa bukan mudah untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan beliau perlu bekerja keras sekiranya mahu menjadi penjaga gol utama pasukan itu.

Wan Azraei
Wan Azraei

“Alhamdulillah pada usia kini rezeki untuk bermain bola sepak masih ada selepas mendapat tawaran daripada pasukan Sabah. Impian utama saya bersama pasukan baharu ini sudah pasti mahu mempamerkan aksi terbaik dan mahu bermain dalam setiap perlawanan bukannya sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Justeru saya perlu tingkatkan usaha untuk bersaing secara sihat dengan pemain yang berada dalam posisi sama dalam kancah liga yang kian mencabar musim 2020,” katanya.

Wan Azraei menjadi salah satu daripada 12 pemain yang digugurkan oleh daripada skuad musim lalu. Pemain lain yang turut digugurkan ialah Kipre Tchetche, Malik Mat Ariff, Nabil Ahmad Latpi, Shahrul Aizad Zulkifli, Ahmad Syamim Yahya, Khairul Izuan Rosli, Thierry Chantha Bin, Khairul Azrin Khazali, Adib Aizuddin, Khairul Anwar Shahrudin dan Hasni Zaidi Jamian.

Baca artikel lain mengenai pasukan Sabah di sini:

Pelatih Fisik Timnas Indonesia U-19 Resmi Gabung Sabah FA

Liga Malaysia 2020: Saddil Ramdani Sertai Pasukan Sabah Musim Depan?

Lagenda Indonesia Bakal Kendalikan Pasukan Sabah?