Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui ketiadaan duo serangan, Mohamed Salah dan Sadio Mane tetap dirasainya meskipun The Reds berjaya menundukkan Crystal Palace 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Kemenangan hasil sumbangan jaringan daripada Virgil van Dijk, Alex Oxlade-Chamberlain dan Fabinho itu menyaksikan Liverpool yang masih kekurangan satu perlawanan, ketinggalan sembilan mata berbanding pendahulu liga, Manchester City.

Sepanjang ketiadaan gandingan berbisa itu pada ketika ini, Liverpool telah mencatatkan empat kemenangan dan satu keputusan seri dalam semua pertandingan.

Bagaimanapun di sebalik prestasi baik ditampilkan anak buahnya, Klopp masih menganggap terdapat kekurangan tanpa khidmat gandingan pemain yang sudah mengumpul koleksi lebih 30 jaringan pada musim ini.

“Benar, kami berjaya melakukannya [mencatatkan kemenangan] tanpa kehadiran mereka, tetapi keadaan itu menjadikannya sangat berintensiti [sengit].”

“Anda perlu untuk mencipta [peluang], sekiranya anda mahu, jenis bola sepak baharu kerana anda tidak mempunyai kepantasan maksimum di bahagian sayap, dimana ia jelas dimiliki oleh Sadio [Mane] dan Mo [Salah].”

“Sekiranya anda tidak mempunyainya, secara tiba-tiba anda perlu mengubah cara untuk memastikan sampai ke bahagian tersebut,” ujar Klopp menurut laporan laman sesawang rasmi Liverpool.

“Dan para pemain melakukannya dengan sangat baik. Chamberlain sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring gol, sangat bagus. Diogo [Jota], tidak pernah berhenti lebih atau kurang dalam banyak situasi.”

“Kerja keras Bobby [Firmino] memang tiada duanya. Para pemain melakukan perubahan dengan tepat dan saya gembira dengannya.” tambah Klopp lagi.

Salah, Mane dan Naby Keita masih lagi dalam usaha untuk memburu kejuaraan Africa Cup of Nations apabila Mesir, Senegal serta Guinea akan berentap dengan lawan masing-masing di peringkat 16 terbaik.

Senegal akan berhadapan Cape Verde manakala Guinea bakal membuat perhitungan dengan Gambia manakala Mesir berdepan kesukaran untuk menghadapi Ivory Coast.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Jordi Alba: Penyokong Barcelona Buat Saya Rasa Sangat Terasing

Chelsea ‘Rembat’ Spurs Kali Ketiga Bulan Ini

EPL: Liverpool Atasi Crystal Palace Di Selhurst Park

Sumber