Dalam perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 diantara Iran bertemu Kemboja semalam, tular sebuah video yang memaparkan seorang penyokong Kemboja yang bersendirian memberikan sokongan kepada pasukan Kemboja.

Video yang berdurasi 4 saat tersebut itu yang tersebar melalui laman sosial Twitter telah mendapat kira-kira 11,000 paparan serta ratusan ulang ciap dari pengguna yang kagum dengan semangat dan jati diri beliau.

Apa yang membuatkan ramai pengguna terharu adalah kesungguhan beliau memberikan sokongan melaungkan kata-kata semangat menggunakan pembesar suara heller sambil memukul gendang berseorangan.

Apakah kita mampu untuk melakukan perkara yang sama? Fikirkan.

Penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan seterusnya apabila Malaysia bertemu Thailand pada 14 November dan Indonesia pada 19 November 2019 nanti.

Baca juga artikel lain yang tidak kurang menariknya untuk santapan sebagai peminat bola sepak Malaysia.

Steve Darby: Vietnam Terlalu Kuat Untuk Malaysia, Brendan Gan Dan Mat Yo Perlu Diberi Perhatian Serius

Mata FIFA Ranking Malaysia Terus Meningkat, Peluang Untuk Pintas Singapura Dan Kuwait

Taylor Regan: Liga Malaysia ‘Lebih Mencabar’ Jika Dibandingkan Dengan Liga Australia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group