Vietnam Professional Football (VPF) telah bertindak ‘menghalau’ pasukan Song Lam Nghe An dari beraksi di Stadium Vinh dan bakal mengarahkan mereka beraksi di Stadium Ha Nam yang berada 250 km dari venue ‘home’ untuk baki saingan V.League 1 musim 2020.

Tindakan itu telah diambil oleh VPF selepas keadaan padang yang ‘hancur’ dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan untuk perlawanan dalam kejohanan liga V.League 1.

Menurut VietFooty, sebuah laman sosial berkaitan bola sepak Vietnam, menyatakan bahawa VPF telah menghantar surat amaran ke-2 kepada Kementerian Sukan Nghe An serta pemilik kelab Song Lam Nghe An berkaitan isu padang yang teruk di Stadium Vinh.

ET6b8sLWoAAjnEP

Selain itu, VPF juga tidak berpuas hati dengan tahap pencahayaan di Stadium Vinh yang mengarahkan mereka menaik taraf lampu limpah dengan kecerahan minimum 900 lux.

ET6b8sBXkAIZ2Su

Secara umum, padang di stadium dalam saingan V.League berada pada tahap yang amat menyedihkan disebabkan pihak-pihak berwajib tidak melihat perkara seperti ini adalah penting untuk memacu bola sepak.

Ada juga yang menyatakan bahawa pemilik kelab di Vietnam ini ramai terdiri daripada ahli perniagaan yang kaya, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan sebuah kelab bola sepak dengan betul secara keseluruhannya dan hanya memandang kejuaraan sebagai sasaran yang mahu dicapai.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tonton Gelagat Pemain Ceres Negros Yang ‘Sangap’ Untuk Beraksi Dalam Perlawanan Bola Sepak Sebenar

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

Buriram United Sanggup Bayar RM1.2 Juta Bawa Penjaga Gol U23 Vietnam, Miliki Ketinggian 1.86 Meter

Sumber