Pemain tengah dari Thailand yang mempunyai fizikal yang kecil, Chanathip Songkrasin melakukan satu voli yang cukup padu dari luar kotak penalti untuk membantu Hokkaido Consadole Sapporo seri bertemu Cerezo Osaka.

Gol itu juga membolehkan Chanathip Songkrasin mengumpul 5 gol selepas 21 perlawanan J1 League, membawa pasukannya berada dikedudukan ke 5 liga.

Dalam senarai penjaring gol Hokkaido Consadole Sapporo musim 2018, Chanathip Songkrasin berada dikedudukan kedua dibelakang Yonekura yang telah menjaringkan 7 gol setakat ini dalam aksi J1 League.

Aksi lincah Chanathip Songkrasin sememangnya berjaya menghiburkan peminat Hokkaido Consadole Sapporo dan beliau juga sah akan menerima kontrak penuh sebagai pemain kelab dari Sapporo itu selepas tamat kontrak pinjaman 1 tahun setengah dari SCG Muangthong United hujung musim ini.

Mengikut rekod rasmi J.League, sepanjang musim ini Chanathip Songkrasin telah mempbuat 18 kali penampilan liga dengan 1,584 minit masa bermain. Dari 18 aksi tersebut, Chanathip 100% tersenarai dalam kesebelasan utama dan 3 kali tiada dalam senarai pemain untuk perlawanan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group