Menurut sebuah laporan kajian yang telah dibuat oleh Sporting Intelligence melalui Global Sports Salaries Survey 2019 (GSSS), menyatakan bahawa purata gaji yang paling tinggi dalam saingan bola sepak Jepun adalah dari pasukan Vissel Kobe.

Dari data yang diterbitkan itu, Vissel Kobe secara purata membayar gaji seorang pemain mereka sebanyak USD1,572,238 atau RM6,498,848 setahun.

Bola sepak bukanlah sukan nombor 1 untuk rakyat Jepun kerana pengaruh sukan baseball masih utuh dalam jiwa mereka. Namun, bayaran yang dibuat oleh Vissel Kobe itu berjaya mengatasi semua pasukan baseball profesional di Jepun.

Kelab bola sepak kedua mempunyai purata bayaran gaji paling tinggi pula adalah Urawa Reds Diamond dengan nilai USD447,433 atau RM1,849,366 sahaja. Hampir RM4.6 juta perbezaan diantara Vissel Kobe dan Urawa Reds jika diperhatikan secara kasar.

Mungkin faktor financial back-up yang kukuh oleh Rakuten menjadikan Vissel Kobe tidak menghadapi masalah untuk membayar gaji yang tinggi kepada pemain-pemain mereka.

4 Kelab Chinese Super League Yang Mempunyai Purata Gaji Yang Lebih Padu

Jika Vissel Kobe sudah mencecah angka RM6 juta setahun, 4 buah kelab dalam saingan Chinese Super League (CSL) berada dikedudukan lebih tinggi dari kelab milik Hiroshi Mikitani itu.

  • Shanghai SIPG: USD2,290,524 atau RM9,467,120
  • Guangzhou Evergrande: USD2,278,818 atau RM9,418,738
  • Hebei China Fortune: USD2,013,031 atau RM8,320,195
  • Dalian Yifang: USD1,650,131 atau RM6,820,257

Dan apa yang lebih menarik, kelab CSL paling rendah purata bayaran gajinya masih lagi berada dikedudukan lebih tinggi dari kelab J.League yang mempunyai purata bayaran gaji kedua paling tinggi iaitu Urawa Reds Diamond!

Inilah kegilaan yang digunakan untuk China membawa pemain-pemain berkelas dunia dalam liga mereka namun, dari segi kualiti yang disumbangkan kepada pasukan kebangsaan mereka jelas jauh berbeza berbanding dengan apa yang berjaya dilakukan oleh Jepun.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Marko Arnautovic Semakin Hampir Sertai Shanghai SIPG

Yaya Toure Sah Sertai Kelab Liga Divisyen 2 China

Elkeson Pemain Naturalisasi Kedua Sertai Skuad Kebangsaan China

Sumber